Thursday, April 3, 2008

Mengapakah HIV Merbahaya?

Sistem imun kita terdiri daripada sel-sel dan organ-organ yang melindungi badan kita dalam melawan penyakit. Sistem imun manusia biasanya mencari dan membunuh virus dengan cepat. Jadi, sekiranya sistem imun kita menyerang dan membunuh virus, apakah masalahnya?
Virus yang berlainan menyerang bahagian badan yang berlainan - setengah menyerang kulit, yang lain menyerang paru-paru dan seterusnya. Selsema disebabkan oleh virus. Apa yang menyebabkan HIV merbahaya ialah ia menyerang sistem imun badan kita - sistem daya pertahanan badan yang menyingkirkan virus dari badan kita. Ia menyerang sejenis sel sistem imun khusus yang dikenali sebagai CD4 limfosit. HIV mempunyai muslihat tersendiri yang membantunya mengelak daya tahanan badan, termasuk mutasi yang cepat . Ini bermakna, apabila dijangkiti HIV, sistem imun tidak dapat menyingkirkannya. Seseorang yang dijangkiti HIV mungkin kelihatan sihat selama beberapa tahun. dan mungkin tidak tahu yang dia sendiri dijangkiti HIV. Namun, apabila sistem imun kita mula menjadi lemah, pesakit senang dijangkiti penyakit lain seperti tibi (TB) atau pneumonia (PCP). Terdapat juga beberapa penyakit kanser opportunis seperti Kaposi Sarcoma dan non-Hodgkin's Lymphoma yang mungkin tidak akan dilalui tanpa HIV. Ujian darah adalah satu-satu cara untuk menentukan jangkitan HIV.

No comments: