Saturday, May 3, 2008

Stigma dan Diskriminasi HIV/AIDS


Sejak para saintis mengenali HIV dan AIDS, respon sosial terhadapnya ialah ketakutan, penafian, stigma dan diskriminasi telah mengiringi epidemik ini. Diskriminasi telah menyebar dengan cepat, menjadi bahan api kekeliruan dan prejudis terhadap kumpulan yang paling terlibat, bersama dengan mereka yang hidup dengan HIV dan AIDS. Patut disebut bahawa HIV dan AIDS bukan sahaja berkenaan fenomena sosial tetapi juga kebimbangan biologi dan perubatan. Di seluruh dunia, epidemik sejagat HIV/AIDS berkemampuan mencetuskan perasaan belas kasihan, perpaduan dan sokongan, mengeluarkan sifat terbaik seseorang, keluarga dan komuniti mereka. Tetapi penyakit ini juga dikaitkan dengan stigma, penindasan dan diskriminasi, sebab individu yang terlibat (atau dipercayai dijangkiti) oleh HIV telah disingkir oleh keluarga, kawan dan komuniti. Penyingkiran ini berlaku di negara maju dan juga negara miskin. Stigma adalah satu alat kawal sosial yang sangat berkesan. Stigma boleh digunakan untuk mengenepikan dan menggunakan kuasa terhadap individu-individu yang menunjukkan sesuatu sifat/ciri. Walaupun penyingkiran masyarakat terhadap kumpulan sosial seperti homoseksual, penagih dadah dan pekerja seks wujud sebelum HIV/AIDS, penyakit ini telah memperkuatkan stigma ini. Dengan menyalahkan kumpulan dan individu ini, masyarakat boleh mengelak dari tanggungjawab untuk memberi penjagaan kepada kumpulan orang-orang ini. Ini bukan sahaja terlihat dalam cara mereka menyalahkan "orang luar" yang membawa HIV ke negara mereka, tetapi juga dalam bagaimana kumpulan-kumpulan ini dilarang mendapatkan rawatan dan perkhidmatan yang diperlukan.

Mengapakah terdapat stigma terhadap HIV dan AIDS?

HIV/AIDS biasanya dilihat sebagai membawa malu kepada orang yang dijangkiti, keluarga mereka dan/atau komunitinya. Ia biasanya dikaitkan dengan kumpulan minoriti atau tingkah laku seperti homoseksual, penagih dadah atau persetubuhan secara rambang dan dilihat sebagai sifat tidak bertanggungjawab seseorang. Malangnya, respon negatif terhadap HIV/AIDS wujud secara meluas dan biasanya disuap oleh dan diperkukuhkan dengan pendapat baik dan buruk berkenaan seks dan penyakit, dan kelakuan yang betul atau tidak.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada stigma HIV/AIDS:
* HIV/AIDS adalah satu penyakit yang mengancam nyawa
* Kebanyakan orang takut dijangkiti HIV
* Penyakit ini dikaitkan dengan sesuatu tingkah-laku (seperti sex antara lelaki dan penagih dadah suntikan) yang telahpun distigmakan oleh masyarakat
* Orang yang hidup dengan HIV/AIDS biasanya dilihat sebagai bertanggungjawab kepada jangkitan mereka
* Kepercayaan moral dan agama membuat orang percaya bahawa HIV/AIDS adalah hasil dari kegagalan moral dan agama dan harus dihukum.

"Anak angkat saya, Michael, umur 8, dilahirkan HIV positif dan didiagnos dengan AIDS pada umur 8 bulan. Saya membawa dia ke keluarga saya di satu kampung di England Pada mulanya, hubungan dengan sekolah tempatan sangat baik dan Michael berjaya di sana. Hanya ketua sekolan dan guru Michael tahu tentang penyakitnya."
"Kemudian, rahsia dia terbongkar dan memberitahu seorang ibubapa yang Michael ada AIDS. Ibubapa itu memberitahu yang lain. Ini menyebabkan satu panik dan permusuhan, kami terpaksa pindah dari kampung itu. Risiko terhadap Michael dan kami, keluarga Michael amat tinggi. Rusuhan rakyat amat berbahaya. Kejahilan tentang HIV bermakna orang takut dan orang yang takut tidak boleh bertindak dengan waras. Kami mungkin akan dikejar dari rumah kami sekali lagi." - Debbie - bercakap kepada National AIDS Trust, UK, 2002


Penyakit kelamin biasanya mencetuskan respon dan reaksi yang kuat. Sejak awal epidemik AIDS, satu siri gambar-gambar yang menakutkan telah digunakan untuk menguatkan dan mengesahkan stigma.
* HIV/AIDS satu hukuman ( untuk perangai tidak bermoral)
* HIV/AIDS satu jenayah (tentang bersalah atau tidak mangsanya)
* HIV/AIDS sebagai perang (tentang virus yang perlu dimenangi)
* HIV/AIDS satu yang ngeri (orang yang dijangkiti ditakuti)
Bersama dengan dengan kepercayaan meluas bahawa HIV/AIDS memalukan, gambaran ini membentuk tangappan yang tidak betul dan menjadi penjelasan kepada stigma dan diskriminasi. Ini membuat orang yang tidak mempunyai masalah moral percaya bahawa mereka tidak akan dijangkit HIV.

Bentuk-bentuk stigma dan diskriminasi HIV/AIDS

Dalam setengah masyarakat, undang-undang, polisi dan peraturan-peraturan boleh meningkatkan stigma terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS. Undang-undang yang mewajibkan ujian darah dan menghadkan migrasi dan perjalanan ini meningkatkan stigma dan diskriminasi dan membentuk satu perasaan selamat yang palsu akan risiko HIV/AIDS. Undang-undang yang memerlukan notifikasi kes HIV/AIDS dan menghadkan perjalanan orang yang dijangkiti kesemuanya atas alasan kesihatan. Akibatnya beberapa negara telah menggubal undang-undang untuk melindungi hak dan kebebasan orang yang hidup dengan HIV/AIDS dan terhadap diskriminasi. Kebanyakan dari undang-undang ini bertujuan memastikan hak kepada pekerjaan, pelajaran, privasi dan kerahsian. bersama dengan hak untuk mendapatkan informasi, rawatan dan sokongan.

Kerajaan tempatan dan persekutuan kadangkala menyembunyikan kes atau gagal menyimpan satu sistem laporan yang diharap. Enggan mengaku adanya HIV/AIDS, kegagalan membantu mereka yang hidup dengan HIV/AIDS, atau memahami epidemik ini "kerana ia tidak akan berlaku kepada kami" adalah beberapa bentuk penafian. Penafian ini membuat stigma lebih kuat kerana ia membuat orang yang dijangkiti nampak abnormal dan berkecualian.

Stigma dan diskriminasi boleh berlaku dalam komuniti sebagai respon kepada HIV/AIDS. Gangguan terhadap individu yang disyaki dijangkiti HIV telah banyak dilaporkan. Ia biasanya didorong oleh keperluan untuk menuduh dan menghukum dan dalam keadaan yang extrim, termasuk pergaduhan dan pembunuhan. Kes pembunuhan berkait dengan AIDS telah dilaporkan di negara-negara seperti Brazil, Colombia, Ethiopia, India, Afrika Selatan dan Thailand. Pada Disember 1998, Gugu Dhlamini dibatu dan dipukul hingga mati oleh jiran dalm bandarnya dekan Durban, Afrika Selatan selepas bercakap secara terus terang tentang status HIVnya pada Hari AIDS Sedunia.

Wanita dan Stigma

Impak HIV/AIDS terhadap wanita amat menonjol. Dalam sesetengah masyarakat, wanita paling merugikan dari segi ekonomi, sosial dan budaya. Mereka juga susah mendapat rawatan, bantuan kewangan dan pelajaran. Wanita biasanya disalahkan dan dituduh meyebarkan penyakit kelamin. Bersama dengan kepercayaan tradisional tentang sex, darah dan transmisi tentang penyakit lain, kepercayaan ini membentuk asas stigma terhadap wanita dalam konteks HIV/AIDS. Wanita HIV positif selalunya dilayan berlainan dari lelaki di negara membangun. Lelaki biasanya dimaafkan atas kelakuan mereka berkenaan jangkitan tetapi wanita tidak.
"Ibu mertua saya memberitahu orang "Sebab dia, anak saya mendapat penyakit ini. Anak saya seorang yang baik dan dia memberi penyakit ini kepada dia". - Wanita HIV positif, India, 26 tahun.
Di India, misalnya, suami mereka kadang-kadang meninggalkan isteri yang mereka jangkiti. Penyingkiran oleh ahli keluarga lain juga biasa. Dalam setengah negara Afrika, wanita yang kehilangan suami kepada AIDS pernah dituduh penyebab kematian mereka.

Keluarga

Dikebanyakan negara membangun, keluarga adalah penjaga utama apabila seseorang jatuh sakit. Tidak dapat dinafikan kepentingan dan peranan keluarga dalam memberi sokongan dan penjaggan kepada orang yang hidup dengan HIV/AIDS. Bagaimanapun, tidak semua keluarga respon dengan positif. Ahli keluarga yang dijangkiti boleh mendapati mereka distigma dan diskriminasikan di rumah. Bukti menambah tentang wanita dan homoseksual dilayan dengan buruh dalam keluarga berbanding kanak-kanak dan lelaki biasa.
" Ibu mertua saya menyimpan semua barang rumah berasingan dari saya - pinggan dan gelas = mereka tidak pernah mendiskriminasi suami saya semasa dia hidup. Mereka makan bersama dia. Bagi saya, banyak arahan dan peraturan. Mereka tidak membenarkan saya mengguna baldi untuk mandi dan akan menjerit sekiranya nampak saya menggunakannya. Mereka selalu menggangu saya seakan-akan saya boleh menjangkiti mereka dengan berkongsi alat perumahan dengan mereka. Saya berharap orang lain tidak akan melalui situasi saya. Saya berharap keluarga lain tidak akan melayan keluarga mereka begini. Namun apa boleh saya buat? Keluarga kandung saya enggan mengambil saya balik." - Wanita HIV positif, 23 tahun, India.

Pekerjaan

Walaupun tidak banyak bukti HIV boleh disebarkan di tempat kerja, risiko transmisi telah digunakan sebagai alasan untuk menghentikan atau enggan menggaji pekerja HIV positif. Terdapat bukti bahawa orang yang hidup dengan HIV/AIDS yang berterus terang tentang status mereka di tempat kerja, akan mengalami stigma dan diskriminasi oleh pekerja lain.
" Tidak ada seorang pun yang sanggup berdekatan atau makan bersama saya di kantin. Tidak orang yang ingin berkerja dengan saya. Saya seperti mempunyai penyakit kusta." HIV positif, 27 tahun, India.

Banyak industri memerlukan pekerja melalui ujian kesihatan sebelum diambil kerja. Bagi industri yang memberi insuran kesihatan kepada pekerja mereka, ujian kesihatan adalah mesti kerana desakan syarikat insurans. Ini membuat orang HIV positif sukar mendapat pekerjaan.
" Walaupun kami tidak ada polisi sekarang, tetapi sekiranya pada masa temuduga, saya mendapati seseorang mengidap HIV, saya tidak akan menggaji beliau. Saya tentu tidak akan membeli masalah ke syarikat saya. Saya melihat penggajian sebagai satu jual-beli perhubungan antara majikan dan pekerja." - Ketua Pembangunan Sumber Manusia, India.

Kesihatan

Terdapat beberapa laporan yang mendedahkan orang distigma dan diskrimasikan oleh pekerja perubatan. Diskriminasi termasuk enggan memberi rawatan, keengganan pekerja hospital memberi bantuan, ujian HIV tanpa persetujuan, kurang kerahsiaan dan keengganan menggunakan peralatan hospital dan memberi ubat-ubatan. Respon begini biasanya disebabkan oleh kejahilan dan kurang tahu tentang transmisi HIV.
" Terdapat ketakutan histeria ... pada semua peringkat pekerja, bermula dengan penyapu lantai kepada pembantu wad, hingga ketua jabatan, yang membuat mereka takut berhubung dengan pesakit HIV positif. Di mana terdapat pesakit HIV positif, respon mereka agak memalukan." - Seorang doktor kanan dari hospital kerajaan yang kini bekerja di hospital swasta, India.

Satu kajian yang dilakukan pada 2002 antara 1000 orang doktor, jururawat dan bidan di empat negeri di Nigeria, menunjukkan keputusan yang memalukan. Dalam 10 doktor dan jururawat, terdapat satu yang mengaku enggan memberi perawatan kepada pesakit HIV/AIDS atau enggan memasukkan pesakit HIV/AIDS ke dalam wad mereka. Hampir 40% ingat bahawa perwatakan seseorang boleh menunjukkan status HIV positif mereka, dan 20% menganggap orang yang hidup dengan HIV/AIDS telah melakukan kesalahan moral dan patut menerima nasib mereka. Satu faktor yang menyebabkan doktor dan jururawat mempunyai stigma terhadap pesakit ialah takut didedahkan kepada HIV kerana kekurangan peralatan perlindungan. Doktor juga dilaporkan berasa kecewa kerana kekurangan opsyen dalam rawatan orang HIV/AIDS, kerana mereka "akan mati."

Kekurangan kerahsian telah banyak kali disebut sebagai masalah dalam penjagaan kesihatan. Ramai orang yang hidup dengan HIV/AIDS tidak dapat memilih bagaimana, bila dan kepada siapa untuk memberitahu status HIV mereka. Selepas ditinjau, didapati 29% orang yang hidup dengan HIV/AIDS di India, 38% di Indonesia dan lebih 40% di Thailand mengatakan bahawa status HIV positif mereka didedahkan oleh orang lain tanpa persetujuan mereka. Di setengah hospital, tanda yang besar menunjukkan wad HIV/AIDS.

Menuju ke hadapan

Stigma dan diskriminasi HIV merupakan penghalan utama untuk melawan epidemik HIV/AIDS. Ketakutan akan diskriminasi biasanya menghalang orang yang mendapatkan rawatan AIDS atau mengaku status HIV mereka di khalayak ramai. Stigma yang berkait dengan HIV/AIDS boleh juga dipindahkan kepada keluarga terdekat dan menyebabkan ahli keluarga lain disingkir oleh masyarakat. Penafian berganding bahu dengan diskriminasi dengan ramai orang menafikan wujudnya HIV di dalam masyarakat mereka. Hari ini, HIV/AIDS mengancam kesihatan dan kebajikan manusia di seluruh dunia. Pada akhir 2007, 33.2 juta orang hidup dengan HIV dan pada tahun yang sama 2.1 juta mati akibat AIDS. Menentang stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS adalah sama penting dengan pencarian ubat penyembuh serta mencegah and mengawal epidemik global ini.
Jadi, bagaimana progres boleh dibuat dalam mengatasi stigma dan diskriminasi? Bagaimana kita boleh mengubah perangai orangramai terhadap AIDS? Pencapaian terhad boleh dicapai melalui proses undang-undang. Di setengah negara, orang yang hidup dengan HIV atau AIDS kurang pengetahuan tentang hak mereka dalam masyarakat. Mereka perlu diajar agar mereka dapat mencabar stigma dan diskriminasi apabila ditemui. Institusi dan badan-badan penyelia boleh menguatkuasakan hak orang yang hidup dengan HIV atau AIDS dan membentuk satu kuasa yang kuat dalam menentang kesan buruk stigma dan diskriminasi.
Bagaimanapun tidak ada satu polisi atau undang-undang yang boleh menentang diskriminasi HIV/AIDS. Perasaan takut dan prejudis yang menjadi sebab utama diskriminasi HIV/AIDS harus ditangani di peringkat tempatan dan persekutuan. Satu persekitaran yang baik perlu diadakan untuk menunjukkan bahawa orang HIV/AIDS adalah "sebahagian" dari mana-mana masyarakat. Pada masa hadapan, tanggungjawab adalah untuk menghadapi perasaan takut masyarat yang berasal dari maklumat atau tanggapan palsu tentang HIV/AIDS.

Wednesday, April 30, 2008

Hepatoksisiti - Kerosakan Organ Hati

Hati adalah organ yang terbesar dalam badan manusia. Ia terletak di bahagian kanan belakang tulang rusuk dan menjalankan beberapa fungsi yang diperlukan oleh badan kita untuk sentiasa sihat. Ini adalah beberapa fungsi utama hati:
* Menyimpan nutrien penting dari makanan yang kita makan
* Membina bahan kimia yang diperlukan badan untuk sentiasa sihat
* Memecahbelahkan bahan yang merosakkan, seperti alkohol dan bahan kimia toksik yang lain.
* Mengeluarkan bahan buangan dari darah.

Bagi orang HIV positif, hati memainkan peranan penting kerana ia bertanggungjawab membuat protein baru yang diperlukan oleh sistem imun, membantu badan melawan jangkitan, dan memecahbelahkan ubat-ubat HIV/AIDS. Malangnya ubat-ubat ini juga boleh menyebabkan kerosakan kepada hati dan menghalang hati dari melaksanakan fungsinya.

"Hepatoksisiti" adalah perkataan rasmi yang diberi kepada kerosakan hati yang disebabkan oleh ubat-ubatan dan bahan kimia lain. Sekiranya anda ada soalan atau bimbang tentang hepatoksisiti, khususnya tentang ubat HIV yang diambil, berbincanglah dengan doktor anda.

Bagaimanakan ubat HIV menyebabkannya?

Walaupun ubat anti HIV bertujuan memulihkan kesihatan kita, hati mengenali ubat-ubat ini sebagai bahan toksik. Lagipun, ia bukan dihasilkan secara semulajadi oleh badan dan mengandungi bahan kimia yang berpotensi mengakibatkan kerosakan kepada badan. Bersama dengan buah pinggang dan organ lain, hati memproses dan memecahbelahkan ubat HIV dan membuat ia selamat. Dalam proses ini, hati boleh menjadi "letih" dan ini boleh menyebabkan kerosakan hati.

Terdapat dua cara bagaimana ubat HIV boleh menyebabkan kerosakan hati:

Kerosakan kepada sel hati:
Sel hati, yang dipanggil hepatosit, memainkan peranan penting dalam fungsi hati. Sekiranya sel ini berkerja terlalu kuat dalam menghapuskan bahan kimia dari darah, atau sekiranya ia dirosakan oleh jangkitan (misalnya hepatitis C), tindakbalas kimia abnormal boleh merosakkan sel-sel ini. Terdapat tiga cara ini boleh berlaku:

Dos ubat yang tinggi. Sekiranya anda tertelan dos yang tinggi ubat anti-HIV atau ubat-ubat lain (lebih dari yang disyorkan) ini boleh mengakibatkan kerosakan yang mendadak dan teruk kepada sel hati. Hampir semua ubat sekiranya terlebih dos boleh menyebabkan kerosakan ini.
Memakan ubat untuk jangkamasa yang panjang. Sekiranya anda mengambil ubat-ubat untuk jangkamasa yang panjang, terdapat risiko kerosakan kepada sel hati akan berlaku. Ini biasanya berlaku selepas beberapa bulan atau tahun anda memakan ubat-ubat ini. Protease inhibitors diketahui berkemampuan mengakibatkan kerosakan kepada sel hati sekiranya ia digunakan untuk jangkamasa panjang.

Reaksi allergi. Apabila kita mendengar terma "reaski allergi" kita biasanya mengaitkannya dengan gatal-gatal dan mata berair. Bagaimanapun, reaksi allergi juga boleh berlaku dalam hati. Sekiranya allergi terhadap sesuatu ubat, sistem imun boleh mengakibatkan hati menjadi radang sebagai akibat interaksi antara protein hati utama dan ubat. Sekiranya ubat itu tidak dihentikan, keradangan hati akan menjadi teruk dan menyebabkan kerosakan hati yang serius. Dua ubat anti HIV yang diketahui mengakibatkan reaksi allergi ini (juga dikenali hipersensitiviti) dalam orang HIV positif ialah Ziagen® (abacavir) dan Viramune® (nevirapine). Reaksi allergi seperti ini biasanya berlaku beberapa minggu atau bulan selepas ubat ini dimulakan dan samada diikuti oleh simtom allergi yang lain (seperti deman dan ruam-ruam).

Laktik Asidosis
NRTIs tidak diproses oleh hati; mereka dikeluarkan dari saluran darah dan badan melalui buah pinggang. Oleh itu ramai pakar pada satu masa dahulu mengagak bahawa ubat-ubat ini tidak akan merosakkan hati. Tetapi, kini kita tahu bahawa ubat-ubat ini merosakkan "mitokondria selular" , "rumah kuat" dalam sel yang menukarkan nutrien kepada tenaga. Ini boleh menyebabkan kadar laktik, satu bahan buangan selular meningkat. Sekiranya kadar ini terlalu tinggi, satu keadaan laktik asidosis berlaku. Ini boleh menyebabkan masalah hati termasuk bertambahnya lemak dalam hati dan keradangan hati.

Bagaimanakah dapat saya mendapat tahu ubat HIV saya merosakkan hati?

Petunjuk terbaik hepatoksisiti adalah peningkatan sesuatu enzim hati yang mengalir dalam saluran darah. Enzim terpenting ialah AST (aspartate aminotransferase), ALT (alanine amintransferase), alkaline phosphostase, dan bilirubin. Keempat-empat enzim biasanya diuji sebagai sebahagian ujian darah yang diminta oleh doktor anda bersama CD4/CD8 dan "viral load" (bebanan virus) selang beberapa bulan.

Sekiranya anda atau doktor anda mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa satu ubat yang diambil sedang merosakkan hati, satu ujian darah harus dilakukan. Adalah lebih baik untuk mengesan hepatoksisiti pada peringkat awal agar langkah-langkah untuk menghalang ia dari menjadi teruk dan membolehkan hati menyembuh.

Biasanya, hepatoksisiti mengambil beberapa bulan atau tahun untuk membentuk dan bermula dengan kenaikan perlahan dalam AST atau ALT dan bertukar kepada kenaikan yang serius. Umumnya, sekiranya kadar AST atau ALT anda meningkat tetapi kurang dari lima kali kadar normal (misalnya AST lebih dari 43 IU/L tetapi kurang dari 215 IU/L atau ALT lebih dari 60 IU/L tetapi kurang dari 300 IU/L) anda mengalami hepatoksisiti yang tidak serius. Sekiranya AST anda lebih dari 215 IU/L atau ALT anda lebih dari 300 IU/L. anda mengalami hepatoksisiti yang teruk dan ini boleh menyebabkan kerosakan hati kekal sekiranya sebab kenaikan kadar AST dan ALT tidak ditangani. Oleh sebab itu, doktor akan sering meminta ujian darah ini selang beberapa bulan untuk memastikan anda tidak mengalami hepatoksisiti (keadaan awal boleh diterbalikkan).

Bagaimanapun setengah ubat seperti abacavir dan nevirapine boleh menyebabkan kadar enzim hati meningkat dengan cepat sebaik sahaja ubat ini dimulakan akibat reaksi allergi. Oleh itu, pada permulaan pengambilan ubat-ubat ini, ujian darah enzim dilakukan lebih kerap, selang beberapa minggu. Dan sekiranya kadar enzim terlalu tinggi, doktor mungkin akan menghentikan kegunaan ubat atau menukar dos.

Kenaikan kadar enzim jarang dirasai. Ini bermakna, anda mungkin tidak akan menunjukkan simtom fizikal walaupun enzim hati meningkat. Oleh itu, adalah penting anda mengikut arahan doktor dan mengendalikan ujian darah yang diarah oleh doktor anda. Dalam hepatoksisiti yang teruk, simtom mungkin wujud dan lebih kurang sama dengan hepatitis. Simtom hepatitis termasuk:
* anoreksia (hilang selera makan)
* malais (rasa kurang sihat)
* muntah
* loya
* najis tidak berwarna
* rasa letih/tidak bermaya
* rasa sakit di bahagian abdomen
* jaundis (kekuningan kulit dan putih mata)
* hilang rasa rokok
* kencing yang gelap (warna oren)

Sekiranya anda mengalami salah satu simtom di atas selepas memulakan rawatan anti-HIV, berbincanglah dengan doktor anda agar langkah yang wajar boleh diambil.

Adakah hepatoksisiti akan berlaku kepada setiap orang yang mengambil ubat anti HIV?

Tidak. Bukan semua orang yang mengambil ubat anti HIV (termasuk abacavir dan nevirapine ) akan mengalami hepatoksisiti.

Saya mengidap HIV dan hep. C. Bolehkan saya mengambil ubat anti-HIV?

Ya. Walaupun anda mengidap hepatitis C atau hepatitis B kronik - dua jenis infeksi virus yang boleh menyebabkan kerosakan dan keradangan hati - ini tidak bermakna anda tidak boleh mengambil ubat anti HIV. Bagaimanapun, perlu difahami bahawa risiko mengalami kerosakan hati lebih tinggi.

Satu perkara yang jelas ialah orang yang dijangkit HIV dan hep C atau hep B harus bekerjasama dengan doktor mereka agar rawatan yang selamat dan efektif dapat dilakukan. Misalnya, pakar percaya bahawa sekiranya anda mengidap HIV dan hep C, anda harus mulakan rawatan hep C semasa sel-T anda masih tinggi sebelum memulakan rawatan HIV. Kejayaan rawatan hep C mungkin cara terbaik untuk mengurangkan risiko hepatoksisiti sebaik sahaja rawatan HIV dimulakan.

Adalah penting untuk mengawasi hati anda semasa mengambil ubat anti HIV. Anda dan doktor anda harus mengambil perhatian kepada kadar enzim hati setiap masa berbanding dengan orang yang hanya menjalani rawatan HIV.

Adakah cara untuk mencegah hepatoksisiti atau diterbalikkan?

Sekiranya anda diberitahu bahawa ubat anti-HIV anda sedang mengakibatkan toksisiti hati, doktor anda akan memastikan ubat mana menyebabkan keadaan ini. Doktor anda akan menentukan samada ubat itu harus dihentikan dan ditukar atau menggurangkan dos. Bagaimanapun, jangan hentikan rawatan dengan sendiri tanpa berbincang dengan doktor anda dulu.

Mujurlah jagaan hati tidak terhad kepada mengelak atau menukar ubat anti HIV. Terdapat cara lain untuk menjaga hati anda semasa mengambil ubat anti HIV.

Bagaimana dengan alkohol?

Tidak kurang maklumat berkenaan penggunaan alkohol yang banyak - biasanya dikira sebagai lebih dari 5 minuman (botol/gelas) sehari - boleh menyebabkan kerosakan hati. Juga diketahui bahawa penggunaan alkohol yang banyak juga boleh memburukkan penyakit hati seperti hep C dan B. Walaupun tidak diketahui samada penggunaan ringan alkohol (satu atau dua minuman sehari) boleh memudaratkan hati, khususnya kepada orang yang mengambil ubat setiap hari, sekiranya anda minum alkohol, adalah penting untuk membincangkannya dengan doktor anda. Kebanyakan pakar menasihatkan supaya anda menjauhkan diri dari alkohol sekiranya anda mengidap hepatitis atau mengambil ubat anti HIV.

Bagaimana dengan diet?

Ya, sudah tentu. Hati bukan sahaja bertanggungjawab memproses ubat-ubatan - ia juga mesti memproses dan menyahtoksik minuman dan makanan yang kita makan dan minum setiap hari. Antara 85% hingga 90% darah yang meninggalkan perut dan usus mengandungi nutrien dari minuman dan makanan yang kita makan untuk diproses oleh hati. Oleh itu satu diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk membantu mengurangkan tekanan dan membantu hati sentiasa sihat. Berikut adalah beberapa nasihat yang harus dipertimbangkan:

* Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, khusus sayuran hijau dan buah-buahan berwarna oren dan merah.

* Kurangkan lemak kerana ia boleh memberi tekanan kepada hati seperti barangan tenusu, minyak sayuran yang diproses, makanan yang digoreng, makanan yang tidak segar, daging yang diawet dan daging yang banyak lemak.

* Makan "lemak baik" yang mengandungi "fatty acid". Ini boleh didapati dalam minyak bijian, avocado, ikan, kekacang dan legum. Bukan sahaja lemak baik dipercayai senang diproses oleh hati, mereka juga membantu membentuk sel sihat di sekeliling sel hati.

* Jauhi dari bahan kimia dan toksin khususnya racun perosak, pemanis tidak semulajadi (aspartame) dan bahan pengawet.

* Makan makanan berprotein seperti telur, makanan laut, ayam kampung dan daging merah tanpa lemak. Sekiranya anda seorang yang hanya makan sayur-sayuran, makanan tambahan seperti vitamin B12, taurine dan carnitine harus dipertimbangkan untuk mengelak dari metabolisma yang lemah dan kelesuan.

* Minuman yang banyak khususnya air. Lapan gelas air sehari adalah mesti sekiranya anda mengambil ubat anti-HIV.

* Jauhi dari makanan mentah seperti sushi dan udang. Sushi mungkin mengandungi bakteria sementara udang pula mungkin mengandung virus hepatitis A.

* Juga berwaspada tentang makanan yang mengandungi zat besi seperti daging dan bijirin sarapan. Zat besi yang tinggi amat toksik kepada hati bagi orang yang mengalami hepatoksisiti atau hepatitis.

Sunday, April 20, 2008

Lipodistrofi


Anda telah memulakan rawatan and harapan untuk hidup lebih lama kian meningkat, namun seperti orang HIV positif yang lain, mungkin terdapat masalah kesihatan yang masih perlu dihadapi. Pertama sekali terdapat kemungkinan berlaku kesan sampingan jangka-pendek dan jangka-panjang. Kedua, walaupun kurang orang HIV positif yang menerima rawatan yang canggih didiagnos dengan penyakit oportunistik, mereka masih dipaksa menghadapi masalah kesihatan lain yang bukan berkait dengan AIDS, seperti isu yang berkait dengan ketuaan. Sebenarnya orang HIV positif lebih berisiko mengalami masalah kesihatan kerana medikasi yang diambil. Sementara kesan sampingan jangka-pendek HIV dan medikasi yang digunakan untuk merawatnya telah banyak diketahui, namun kesan sampingan jangka-panjang jangkitan dan terapi antiretrovirus masih dikaji. Kita sedang mempelajari cara-cara untuk mengurangkan risiko dan cara mengurus komplikasi dan kesan samping jangka-panjang sekiranya berlaku.

Sejak AIDS pertama kali didokumentasikan pada awal 1980an, salah satu pengalaman yang menakutkan dan mengecewakan bagi orang HIV positif adalah perubahan dalam berat, saiz dan bentuk badan mereka. Bagi 15 tahun pertama epidemik AIDS kesusutan berat badan dan sindrom kehilangan lemak adalah salah satu simtom yang paling biasa dalam jangkitan HIV khususnya bagi mereka yang mempunyai jangkitan oportunistik (OIs). Dan walaupun terapi anti-HIV tiga ubat telah banyak membantu dalam mengurangkan risiko kesusutan badan dan sindrom kehilangan lemak, kedua-duanya masih berlaku.

Malangnya, perubahan saiz dan bentuk badan orang HIV tidak berhenti dengan kekurangan kes kesusutan badan dan sindrom kehilangan lemak. Satu komplikasi HIV- dipercayai kesan sampingan terapi ubat anti-HIV telah menjadi isu penting bagi orang yang hidup dengan HIV: lipodistrofi. Perubahan bentuk badan yang dikaitkan dengan lipodistrofi termasuk penambahan lemak (lipohipertrofi) di setengah bahagian badan dan kehilangan lemak (lipoatrofi) di bahagian lain, bersama dengan masalah lemak dan gula dalam darah, banyak kelihatan di kalangan orang HIV positif yang sedang mengambil terapi ubat anti-HIV. Sementara, para pakar saintis masih mengenalpasti sebab berlakunya lipodistrofi, maklumat baru mengenai masalah ini dan apa yang boleh dilakukan tetap timbul.
Apakah lipodistrofi?

Lebih dari satu perkataan yang membelit lidah, perkataan "lipodistrofi" boleh dipecahkan kepada dua perkataan yang bermakna "Lipo" merujuk kepada lemak dan "distrofi" yang merujuk kepada perubahan atau ketumbuhan abnormal. Bila dua perkataan ini disambungkan, ia memberi makna kepada orang yang hidup dengan HIV dan perubahan lemak abnormal yang dialami. Buku perubatan merujuk kepada lipodistrofi sebagai " sindrom pengagihan lemak". Di sini adalah ulasan perubahan lemak yang dilihat dalam orang HIV positif:

Penambahan Lemak: Sesetengah orang menampakkan lemak di kawasan perut meningkat dengan banyak. Perkataan perubatan bagi keadaan ini ialah lipohipertrofi (penumbuhan lemak berlebihan). Penambahan lemak di bahagian belakang leher dan bahu (kadangkala dipanggil "bonggol kerbau") juga telah dinampak. Begitu juga dengan penambahan tisu lemak di dada. Setengah orang juga melaporkan lemak yang boleh bergerak di bawah kulit (lipoma).

Kehilangan Lemak: Sesetengah orang melihat lemak di kaki, tangan, punggung dan muka berkurang. Ini boleh mengakibatkan urat darah menonjol dan pipi muka cengkung. Perkataan perubatan bagi keadaan ini adalah lipatrofi.

Ramai orang HIV positif yang mengambil ubat anti-HIV juga mengalami masalah berikut:-

Kadar lemak yang tinggi dalam darah: Sesetengah orang akan mengalami kenaikan lemak atau lipid dalam darah mereka. Dua jenis lipid dalam darah ialah triglycerides dan kolestrol. Kenaikan tahap kolestrol boleh meningkatkan risiko sakit jantung. Kenaikan triglycerides boleh meningkatkan risiko kerosakan kepada pankreas (pankreatitis).

Kadar gula yang tinggi dalam darah: Sesetengah orang akan lihat kadar gula atau glukos dalam darah meningkat. Mungkinkah ini dikaitkan dengan peningkatan insulin? sejenis hormon yang dikeluarkan oleh pankreas untuk mengawal kadar glukos dalam darah. Ini boleh menyebabkan diabetes (penyakit kencing manis) satu masalah kesihatan yang memerlukan perhatian perubatan.
Gambar di atas menunjukkan penambahan lemak di kawasan abdomen dan kehilangan lemak di bahagian lengan.
Kesan lipodistrofi terhadap wanita dan lelaki.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kesan lipodistrofi terhadap lelaki dan wanita berlainan. Menurut satu kajian besar, peninjauan yang di isi oleh pesakit dan doktor mereka, wanita nampaknya menunjukkan penambahan lemak di bahagian atas badan sementara lelaki lebih menampakkan kekurangan lemak di lengan, kaki, punggung dan muka. Ramai lelaki dan wanita bagaimanapun mengalami kedua-dua simtom. Tidaklah jelas mengapa terdapat perbezaan mengikut gender. Ia mungkin kerana orang lelaki HIV positif membakar lemak lebih cepat dari wanita HIV positif atau perbezaan dalam kesan hormon.

Setengah pakar percaya bahawa ia mungkin menunjukkan dua sindrom - satu mengakibatkan kehilangan lemak dan yang satu lagi dengan peningkatan lemak. Lebih banyak kajian diperlukan utuk menentukan samada benar terdapat perbezaan di antara lelaki dan wanita berhubung dengan lipodistrofi. Sekiranya ada perbezaan, maka lebih penting lagi ialah mengapa dan bagaimana mengelak dari berlaku.
Sebab berlaku lipodistrofi.

Kita tidak tahu apakah yang menyebabkan lipodistrofi. Apa yang kita tahu ialah sejumlah besar orang HIV positif mengalami satu atau lebih simtom yang dibincangkan di atas. Kita juga tahu pesakit yang mengalami lipodistrofi mula menampakkan simtom semasa mengambil terapi ubat anti-HIV. Lipodistrofi pertama kali dilaporkan di kalangan pesakit yang menggunakan kombinasi ubat termasuk protease inhibitor (PI).

Sejak 1996, apabila lipodistrofi baru dilaporkan oleh pengkaji dan doktor-doktor, beberapa pesakit yang tidak pernah menggunakan PI tetapi telah menggunakan non-nucleoside reverse transcriptase inhibitors (NNRTI) dan/atau nucleoside reverse transcriptase inhibitors (NRTI) dalam kombinasi bersama - telah didiagnos dengan lipodistrofi. Terdapat juga pesakit yang mengalami satu atau lebih simtom lipodistrofi tanpa menggunakan ubat anti-HIV. Tidak jelas peranan ubat anti-HIV terhadap pembentukan lipodistrofi. Juga pada masa yang sama, tidak diketahui ubat yang mana lebih menyebabkan masalah ini.

Berikut adalah ulasan apa yang diketahui tentang sebab lipodistrofi:

Protease Inhibitor (PIs): Setengah pakar percaya bahawa PI boleh merosakkan kebolehan enzim yang bertanggungjawab menyerap lemak berlebihan dan membolehkan fungsi sel lemak. Ini akan menjelaskan mengapa setengah orang HIV positif mempunyai lipid yang tinggi. Ini juga dapat menjelaskan mengapa lemak berkumpul di kawasan perut, dada dan leher. Namun tidak jelas PI yang mana menyebabkan lipodistrofi. Satu PI ataznavir dipercayai tidak meningkat kadar lipid dalam darah (tetapi risiko ini meningkat apabila dicampur dengan dos-kecil Ritonavir). Juga tidak jelas samada atazanavir berkait dengan penambahan lemak, walaupun setengah kajian menunjukkan ia tidak.

Nucleoside reverse transcriptase inhibitors (NRTIs): Setengah NRTIs boleh merosakkan mitokondria. Pakar berpendapat ini mungkin menjelaskan mengapa ramai mengalami kesan sampingan dari mengambil NRTI, termasuk periferal neuropati, pankreastitis, kekurangan darah putih (leukopenia) dan juga lipodistrofi (khususnya lipoatrofi).

Adalah di percayai banyak "d" NRTIs -d4T (Zerit), ddI (Videx), dan ddC (Hivid) - besar kemungkinan menyebabkan kerosakan mitokondria, khusunya sekiranya ia digunakan untuk jangkawaktu yang panjang. Juga terdapat kajian yang menhubungkah Zerit kepada kehilangan lemak di muka, lengan dan kaki (lipoatrofi). Setengah NRTIs (termasuk AZT (Retrovir) juga telah dikaitkan dengan lipoatrofi, risiko adalah lebih tinggi untuk orang yang mengambil Zerit. Zerit kini bukan pilihan pertama dalam rawatan anti-HIV.

Faktor lain: Bukan semua orang yang mengambil PI atau NRTI akan mengalami lipodistrofi atau masalah peningkatan lipid atau kadar gula dalam darah. Pakar saintis sedang mencari faktor-faktor yang mungkin meningkatkan risiko kesan sampingan semasa mengambil ubat anti-HIV. Misalnya, orang yang memulakan rawatan dengan kiraan sel CD4 yang rendah mungkin lebih berisiko mengalami lipodistrofi dari mereka yang memulakan rawatan dengan CD4 yang tinggi. Umur juga memainkan peranan yang penting dalam risiko ini. Orang tua mungkin mengalami lipodistrofi berbanding orang muda. Juga jangkamasa rawatan mungkin satu faktor. Lebih lama seseorang berada dalam rawatan, maka risiko lipodistrofi lebih tinggi.

HIV mungkin juga satu faktor. Sebelum penggunaan ubat anti-HIV, orang HIV positif telah diketahui mempunyai kadar triglycerides yang tinggi dalam darah mereka dan juga mengalami perubahan bentuk badan berbanding dengan orang HIV negatif. Dan oleh kerana orang HIV positif kini hidup lebih lama dengan kombinasi ubat anti-HIV, masalah lemak berkait HIV menjadi lebih ketara.

Adakah lipodistrofi merbahaya?

Setengah simtom lipodistrofi sekiranya dibiarkan boleh mengancam nyawa. Simtom lain yang kurang merbahaya, mungkin sukar ditangani secara fizikal dan mental.

Perubahan bentuk - khusunya penambahan lemak di bahagian dada dan leher - tidak mengancam nyawa. Bagaimanapun, mereka boleh menganggu kerana penambahan lemak di leher boleh menyebabkan sakit kepala dan masalah bernafas dan tidur. Dada yang membesar boleh menyebabkan sakit belakang.
Penambahan lemak yang mendalam seperti di kawasan perut boleh menyelaputi organ penting seperti hati dan jantung dan boleh menganggu fungsi organ-organ ini. Walaupun ramai orang HIV positif mengalami jenis penambahan lemak ini, namun, tidak banyak laporan ia mengancam nyawa.

Kehilangan lemak di bahagian kaki, lengan , punggung dan muka dan penambahan lemak di bahagian atas badan boeh mempunyai kesan yang serius tentang bagaimana mereka melihat diri mereka. Ini adalah satu masalah mental berbanding masalah mengancam nyawa. Ia boleh mengakibatkan tekanan mental, kesedihan, penarikan sosial dan masalah mental ini lebih susah ditangani.

Penambahan lipid dan glukos dalam darah seperti triglycerides dan kolestrol boleh menyebabkan orang HIV berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung serta serangan sakit jantung. Kenaikan kadar glukos dan insulin boleh meningkatkan risiko diabetes, satu penyakit yang boleh mengakibatkan masalah penglihatan dan buah pinggang dan boleh mengancam nyawa.

Saturday, April 19, 2008

Tibi



Tibi adalah satu penyakit respiratori (paru-paru) yang boleh mengancam nyawa sekiranya tidak dirawat dengan betul. TB, adalah penyakit yang paling biasa di seluruh dunia oleh organisma jangkitan. Lebih 2 bilion orang di seluruh dunia didiagnos dengan TB setiap tahun, satu penyakit yang bertanggungjawab atas kematian 3 juta orang setiap tahun.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat, TB hampir pupus 15 tahun yang lalu. Bagaimanapun, dengan epidemik HIV, kadar TB kini mula meningkat sekali lagi. Sejak 1992, jumlah kes TB mula menurun. Namun, di setengah kumpulan orang di AS, seperti pendatang ke AS dari negara-negara di mana kadar TB masih tinggi - kadar TB sedang meningkat. Pada tahun 2000, terdapat 17,531 kes TB. Walaupun nombor kes TB tetap menurun, ia masih satu penyakit kesihatan dan kematian yang tinggi antara penduduk AS yang dijangkiti HIV. Sebenarnya, TB adalah penyebab pertama kematian bagi orang dijangkiti HIV di seluruh dunia.

Bakteria yang menyebabkan TB ialah mycobacterium tuberculosis dan ia disebarkan dari seorang ke seseorang melalui cecair mikroskopik yang dihasilkan dalam paru-paru. Bakteria ini boleh berpindah dari paru-paru seorang yang dijangkiti kepada seorang yang berdekatan. Sebaik sahaja ia masuk ke dalam paru-paru, bakteria ini memulakan jangkitan. Walaupun 150,000 orang di AS dijangkiti dengan bacteria ini, kebanyakan orang (90% dan 95%) mempunyai sistem imun yang sihat yang boleh menghalang bakteria ini dari menyebabkan TB. Bagi orang HIV positif, sistem imun yang rosak membolehkan bakteria ini membiak dan menyebabkan penyakit aktif. Proses ini boleh mengambil beberapa bulan hingga bertahun, dan hanya mula aktif selepas sistem imun anda rosak. Bakteria mycobacterium boleh hidup dalam badan untuk bertahun-tahun dan hanya mula aktif apabila sistem imun kita mula rosak dan menyebabkan TB aktif.

Tibi biasanya menyebabkan penyakit respiratori. Dalam orang HIV positif, khususnya mereka yang mempunyai kiraan sel-T yang kurang dari 200, bakteria ini boleh menjangkiti sisten limfatik (kelenjar dan limpa).

Berbanding dengan orang biasa yang dijangkiti TB, orang HIV positif yang mempunyai penyakit ini akan menampakkan simtom dengan cepat dan lebih teruk. Rawatan TB kepada pesakit HIV perlu lebih agresif agar dapat menghapuskan bakteria dari badan.

Simtom dan diagnosis.

Batuk berpanjang (lebih dari 2 minggu) adalah simtom utama tibi disamping berpeluh pada waktu malam, kesusutan berat badan, demam panas dan kelesuan.

Untuk menguji jangkitan bakteria mycobacterium, satu ujian kulit PPD boleh dilakukan di klinik atau hospital. PPD (purified protein derivative) mengandungi bahan bakteria yang disuntik ke dalam kulit. Sekiranya seseorang terdedah kepada bakteria ini, sistem imun akan mengenali PPD dan sebagai tindakan, tempat suntikan akan menjadi bengkak. Sekiranya reaksi ini berlaku, maka anda PPD positif.

Keputusan positif PPD bermakna ujian yang lain diperlukan. X-ray dada (paru-paru), dilakukan untuk melihat kesan dan keakftifan jangkitan. Ujian darah bersama ujian kahak juga perlu dianalisa. Sekiranya bakteria ini dijumpai dalam sampel ini, ia mungkin diuji untuk ketahanan terhadap ubat-ubatan yang ada (ujian ini mungkin tidak dilakukan di Malaysia). Sekiranya anda mempunyai keputusan positif PPD tetapi tidak menunjukkan simtom TB aktif, anda dianggap mempunyai TB terpendam. Walaupun dengan TB terpendam, rawatan masih disyorkan untuk menghalang TB ini bertukar ke TB aktif. Rawatan mesti dimulakan bagi TB aktif dan biasanya merangkumi kombinasi antibiotik.

Bagi orang HIV positif, ujian PPD agak bermasalah. Seperti yang dibincangkan di atas, ujian PPD bukan untuk menunjukkan kehadiran bakteria mycobacterium tetapi sebaliknya untuk melihat tanda-tanda sistem imun sedang menentang bakteria ini. Bagi pesakit HIV, pesakit dengan sistem imun yang rosak, mungkin tidak dapat menentang jangkitan atau respon kepada ujian PPD. Dengan itu, bakteria masih wujud tetapi tidak dapat dikenali oleh sistem imun dan oleh itu tidak akan menampakkan hasil dalam ujian PPD.

Seseorang HIV positif dengan sistem imun yang rosak tidak boleh bergantung kepada ujian PPD dan diagnosis TB mungkin tidak akan dibuat sehingga simtom dilaporkan dan X-ray serta ujian darah dilakukan. Dalam keadaan di mana orang HIV positif hidup serumah atau bekerja dengan seseorang yang mempunyai TB aktif dan mungkin menyebarkan mycobacterium tuberculosis, adalah disyorkan orang HIV positif itu diasingkan dari orang dengan TB aktif dan memulakan rawatan.

Bagaimana TB terpendam dirawat?
Sekiranya anda ada TB terpendam - iaitu ujian PPD positif tanpa simtom TB aktif - doktor anda akan memprekripsi salah satu rawatan:

Isoniazid (Nydrazid): Satu antibiotik yang paling efektif dalam mengawal TB. Ia boleh menyebabkan masalah kepada hati dan kekebasan pada tangan dan kaki (periferal neuropati ). Ia biasanya diambil dengan ubat kedua, pyrodoxine, untuk menghalang periferal neuropati.Anda mungkin di minta makan ubat ini (300mg) setiap hari selama sembilan bulan. Rawatan alternatif pula ialah ionazid diberi dua kali seminggu untuk selama sembilah bulan. Bagaimanapun, sekiranya jadual dua kali seminggu digunakan anda diperlukan melapor ke klinik untuk menerima ubat anda untuk memastikan anda tidak terlupa dos. Setengah orang hanya ambil ionazid untuk enam bulan. Bagaimanapun ia tidak disyorkan bagi orang HIV positif.

Adalah penting untuk mengambil isoniazid dan pyridoxine mengikut nasihat doktor anda dan meneruskan pengambilannya sehingga doktor minta berhenti. Ini amat penting kerana bakteria boleh membentuk pertahanan terhadap isoniazid. Sekiranya berlaku pertahanan, anda akan mendapat TB aktif yang lebih sukar dirawat.

Rifampin (Rifadin): Hanya perlu diambil sekali sehari selama empat bulan. Bagaimanapun terdapat beberapa kebimbangan dalam pengambilan ubat ini dengan beberapa ubat anti-HIV. Rifampin boleh berinteraksi dengan protease inhibitors (PIs) dan NNRTIs (seperti stocrin dan nevirapine). Oleh itu, sebagai langkah keselamatan, biasanya orang HIV positif yang mengambil PI atau NNRTI, disyorkan menjalani rawatan isoniazid untuk selama sembilan bulan. Opsyen rifampin ini adalah lebih baik bagi orang yang sukar mengikuti rawatan ionazid yang susah dan lama serta tidak mengambil PI dan NNRTI. Sekiranya anda disuruh makan ubat rifampin, adalah penting untuk anda mengikut nasihat doktor anda dan mengambilnya seperti yang dikehendaki sehingga doktor anda suruh berhenti. Jangan hentikan rawatan dengan sendiri. Ini adalah penting untuk menghalang bakteria ini dari membentuk pertahanan terhadap ubat ini. Sekiranya berlaku pertahanan terhadap ubat, anda akan mendapat TB aktif dan menjadi sukar untuk dirawat.

Bagaimana TB aktif dirawat?

TB aktif dirawat dengan menggunakan kombinasi antibiotik. Sama seperti HIV, dimana kombinasi tiga ubat antiretrovirus digunakan untuk menghalang pertahanan ubat dan menyimpan bebanan virus pada tahap tidak dikesan, tibi biasanya dirawat dengan empat ubat untuk mengawal dan menghapuskan bakteria dari badan.

Setengah orang dijangkiti oleh mybacterium tuberculosis yang boleh bertahan terhadap satu atau lebih ubat yang biasa digunakan untuk rawatan tibi. Masalah ini kini menjadi lebih biasa di Amerika Syarikat termasuk kawasan dengan penduduk yang ramai seperti bandaraya New York. Akibatnya, ujian pertahanan bakteria terhadap ubat sebagai sebahagian dari diagnosis TB adalah disyorkan.

Malangnya, pengesahan diagnosis dan pertahanan ubat-ubatan mengambil masa yang lama. "Pembiakan" mycobacterium tuberculosis dalam tabung uji boleh mengambil masa lebih dari seminggu, dan pertahanan ubat selama sebulan. Oleh itu, rawatan biasanya dimulakan sekiranya simtom utama wujud (misalnya PPD positif, X-ray tidak normal).

Isoniazid (Nydrazid): Satu antibiotik yang paling efektif dalam mengawal TB. Ia boleh menyebabkan masalah kepada hati dan kekebasan pada tangan dan kaki (periferal neuropati ). Ia biasanya diambil dengan ubat kedua, pyrodoxine, untuk menghalang periferal neuropati.

Rifampin (Rifadin): Satu lagi antibiotik yang kuat.. Ia boleh menyebabkan muntah, cirit-birit, ruam, masalah hati, kencing yang hitam bersama darah putih menurun dan platelet. Ia juga boleh berinteraksi dengan ubat anti-HIV. Oleh kerana tidak disyorkan ubat anti-HIV dihentikan bagi orang HIV positif, doktor anda mungkin menukar dos rifampin atu ubat anti-HIV untuk memastikan rawatan dibuat dengan betul tanpa meningkatkan kesan sampingan. Sekiranya rifampin tidak boleh digunakan, ubat alternatif-rifabutin- boleh dipreskripsikan.

Pyrazinamide: Dos ubat ini bergantung kepada berat badan seseorang yang dirawat. Kesan sampingan adalah lebih kurang sama dengan rifampin.

Ethambutol (Myambutol) atau streptomycin: Seperti pyrazinamide, dos kedua-dua ubat ini bergantung kepada berat badan orang yang dirawat. Ethambutol boleh mengakibatkan masalah penglihatan dan pendengaran.

Unutk membolehkan ubat-ubat ini senang dimakan, kombinasi ubat-ubat telah dibuatkan ke satu pil. Misalnya, isoniazid dan rifampin di buat ke Rifamate, kapsul yang mengandungi kedua-dua ubat. Dua kapsul rifamate dimakan dua kali sehari biasanya dengan antibiotik yang lain. Sekiranya doktor anda mengesyorkan isoniazid, rifampin dan pyrazinamide, anda boleh mengambil Rifater, satu pil yang mengandungi ketiga-tiga ubat di atas. Bergantung kepada berat badan anda, and mungkin perlu mengambil empat, lima atau enam Rifater sekali sehari, selalunya dengan perut kosong.

Sekiranya pertahanan bakteria terhadap ubat wujud atau disyaki doktor (misalnya pendedahan kepada orang yang diketahui membentuk pertahanan terhadap ubat-ubatan) atau melalui ujian - ubat lain mungkin ditambahkan ke kombinasi ini. Misalnya, capreomycin, kanamycin, amikacin, ethionamide, ciproflaxin, ofloxacin, lomefloxacin, clofazimine, cycloserine dan/atau aminosalicylic acid. Ubat-ubat ini juga boleh digunakan sebagai pengganti ubat anti-TB yang mengakibatkan kesan sampingan.

Terdapat tiga terapi untuk rawatan tibi menggunakan ubat-ubat ini:

Rawatan Biasa: Rawatan ini biasa digunakan untuk rawatan TB khusunya orang HIV positif. Bagi lapan minggu pertama rawatan, empat ubat yang disenaraikan di atas digunakn setiap hari. Selepas dua bulan terapi berlalu, isoniazid dan rifabutin disambungkan untuk 16 minggu lagi (4 bulan). Ubat-ubat ini boleh dimakan setiap hari atau dua hingga tiga kali seminggu. Sekiranya anda mempunyai sel-T kurang dari 100, para pakar mengesyorkan mengambil rifabutin setiap hari atau tiga kali seminggu (tetapi tidak dua kali seminggu). Anda mungkin perlu pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat. Ini adalah untuk menentukan anda tidak terlupa makan ubat-ubat anda.

Terapi alternatif pertama: Bagi dua minggu yang pertama rawatan, empat ubat-ubat yang disenaraikan di atas digunakan setiap hari. Selepas tamat dua minggu, keempat-empat ubat yang sama dimakan dua kali seminggu untuk lapan minggu lagi. Selepas tamatnya lapan minggu, isoniazid dan rifabutin disambungkan untuk 16 minggu lagi (4 bulan)
Kedua-dua ubat ini boleh dimakan dua atau tiga kali seminggu. Seperti terapi biasa, anda mungkin perlu pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat anda setiap kali.

Terapi alternatif Kedua: Untuk enam bulan berturut-turut empat ubat yang disenaraikan di atas digunakan tiga kali seminggu. Dos setiap ubat akan sama untuk jangkamasa enam bulan dan anda perlu makan kesemua empat ubat sehingga tamat terapi. Seperti terapi biasa anda akan diminta pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat-ubat anda setiap kali.

Peringatan: Adalah penting anda mengambil medikasi anda seperti yang dinasihatkan oleh doktor dan menyambung rawatan sehingga doktor menasihatkan anda berhenti. Ini adalah untuk memastikan bakteria tidak membentuk pertahanan terhadap ubat-ubat yang digunakan pada masa rawatan. Sekiranya berlaku, TB mungkin kembali menyebabkan penyakit dan ini akan membuat rawatan lebih susah.

Thursday, April 17, 2008

OIs: KAPOSI SARCOMA


Kaposi Sarcoma atau KS adalah sejenis kanser. Ia adalah salah satu penyakit yang kelihatan dalam orang yang meingidap AIDS dan masih merupakan kanser yang kerap berlaku kepada orang HIV positif. Para pakar bersetuju bahawa ia disebabkan oleh virus Kaposi Sarcoma associated herpesvirus (KSHV) atau human-herpesvirus-8 (HHV-8) menyebabkan KS. Bagaimanpun, virus ini sahaja tidak cukup untuk mengakibatkan KS. Perubahan dalam sistem imun, seperti orang yang mengalami AIDS membolehkan virus ini mengakibatkan KS.
Lebih kurang 30% dair kesemua lelaki homoseksual dan biseksual HIV positif dijangkiti KSHV manakala hanya 2% hingga 3% HIV positif penerima transfusi darah atau hemofiliaks dijangkiti virus ini. Bagi wanita HIV positif heteroseksual pula, hanya 3% hingga 4% dijangkiti KSHV.

KS telah dijumpa di kalangan HIV positif dengan kiraan sel-T yang tinggi (dalam 500 sel/mm3). Risiko KS berkembang adalah lebih tinggi bagi mereka yang dijangkiti HIV dan KSHV, bertambah dengan kerosakan sistem imun. Mujurnya, terapi anti-HIV membolehkan ramai HIV positif menyimpan kesihatan sistem imun dan in mencegah KS dari membentuk.

Simtom
Tompok-tompok KS yang dipanggil tumor atau lesi, berwarna antara ungu-merah ke coklat-hitam. Lesi ini biasanya rata, tidak sakit dan tidak berubah warna walaupun ditekan. Lesi KS pada bahagian kulit biasanya tidak megugut nyawa. Bagaimanapun, ia boleh menyebabkan masalah emosi, khususnya apabila ia berlaku di bahagian muka. Lama-kelamaan lesi ini mungkin bengkak dan menjadi sakit.
Setengah orang mungkin mengalami satu lesi sahaja, mungkin di bahagian kaki dan tidak di bahagian badan yang lain. Setengah orang pula melihat lesi KS baru membentuk perlahan-lahan seperti mengikut jadual dan muncul satu setiap beberapa bulan; setengah pula membentuk lesi baru setaip minggu. Secara am, lebih rosak sistem imun, maka lebih kerap lesi baru akan membentuk.

Lesi KS dalam mulut boleh membuat makan susah dan sakit. Lesi dalam perut khususnya di usus besar dan kolon, boleh mengakibatkan cirit-birit, sakit perut dan berdarah. KS dalam paru-paru (KS pulmonari) boleh menyebabkan kesesakan nafas. Lesi dalam perut dan paru-paru boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat atau dikawal.

Bagaimana didiagnos?

Walaupun ujian boleh dibuat untuk KSHV dalam darah, tiada ujian khas yang boleh dilakukan oleh doktor. Sekalipun ujian ini wujud, perlu diingati bahawa bukan semua orang yang dijangkiti KSHV akan mendapat KS, walaupun sistem imun anda telah rosak.
Lesi pada bahagian kulit biasanya didiagnoskan melalui biopsi. Untuk menjalankan biopsi, doktor, biasanya pakar onkologi, kulit atau pakar bedah akan mengambil sedikit tisu lesi untuk dikaji dalam makmal. Laporan dari makmal itu akan mengesahkan jenis tumor.

Untuk mendiagnos KS pulmonari, satu skop - yang dipanggil bronchoskop - akan dimasukkan ke dalam saluran paru-paru untuk mengesahkan kehadiran lesi. X-ray juga boleh digunakan untuk mencari lesi KS paru-paru.
KS perut biasanya didiagnos menggunakan skop yang dimasukkan melalui kerongkong atau dubur (endoskopi). KS perut mempunyai ciri-ciri yang unik, jadi biopsi biasanya tidak perlu.
Bagaimana KS dirawat?

Lesi KS di kulit, oleh kerana ia tidak mengancam nyawa, tidak semestinya memerlukan rawatan. Walaupun beberapa terapi setempat wujud - iaitu terapi dimana ubat diletakkan di kulit lesi - ia biasanya tidak berkesan dalam mencegah lesi baru dari membentuk. Manakala terapi sistemik - ubat yang dimakan atau melalui saluran IV - boleh merawat kedua-dua lesi sedia ada dan mencegah lesi baru dari membentuk, ia boleh mengakibatkan kesan sampingan.

Lesi KS dalam perut dan paru-paru memerlukan terapi sistemik. Tanpa rawatan, lesi ini boleh menjadi penyakit yang berbahaya.

Tidak ada satu rawatan yang 100% efektif, 100% setiap kali. Dalam kebanyakan kajian, hanya segelintir pesakit menampakkan lesi KS lenyap. Setengah pesakit mungkin tidak akan melenyapkan lesi tetapi menampakkan perubahan yang ketara dari segi saiz, warna, bentuk dan kebesaran. Setengah pesakit pula tidak menampakkan sebarang perubahan tetapi dapat mencegah lesi baru dari membentuk.

Alitretinoin (Panretin™): Satu-satu rawatan topikal yang diuji dan diluluskan oleh FDA, AS, untuk lesi KS kulit. Gel ini disapukan ke lesi tiga atau empat kali sehari dan telah menunjukkan kesan.

Cryotherapy: Cecair nitrogen diletakkan pada lesi. Ini membunuh sel dalam lesi dan sebaliknya membolehkan kulit sel sihat yang baru untuk tumbuh di tempatnya. Baik untuk lesi kecil.

Terapi Radiasi: Untuk lesi yang besar dan bengkak atau mendalam. Keputusan dari radiasi agak baik. Terapi radiasi biasanya disyorkan kepada lesi yang terdapat di penis, kaki memandangkan terapi setempat yang lain agak sakit bila digunakan di kedua-dua tempat ini.

Terapi intralesional: Setengah tumor, seperti yang terdapat dalam mulut boleh dirawat dengan menggunakan suntikan ubat kemo ke tempat tumor.

Vinblastine: sejenis ubat kemoterapi yang diberi melalui saluran IV boleh juga disuntik ke dalam lesi.

Setengah dari terapi ubat sistemik termasuk:

Terapi antiretrovirus (HAART): Memandangkan keberkesanan terapi anti-HIV kepada bebanan virus dan kiraan sel-T, ramai orang HIV positif dengan KS sering nampak lesi mereka lenyap semasa dalam terapi. Kadangkala kesannya agak dramatik atau terapi anti-HIV berjaya mencegah lesi baru dari membentuk. Terapi antiretrovirus biasanya digunakan dulu atau bersama rawatan sistemik yang lain untuk memastikan keberkesanan.

Interferon-alfa: Dadah ini mimik protein semulajadi dalam badan. Ia amat aktif terhadap HIV, membantu memulihkan sistem imun, dan juga telah menampakkan keberkesanan terhadap KS. Interferon-alfa boleh menyebabkan kesan sampingan dan adalah lebih baik digunakan oleh pesakit dengan sel-T yang tinggi (lebih dari 200 sel/mm3) sebelum memulakan terapi

Kemoterapi liposomal (Caelyx): Dadah ini mewakili satu sejenis dadah kemo yang baru. Setiap do dadah ini mengandungi berjuta-juta lemak yang melaputi dadah ini. Ini membolehkan dadah ini hidup lebih lama dalam darah dan sampai ke lesi. Kajian telah menunjukkan kemoterapi liposomal lebih berkesan dan kurang toksik dari kemoterapi biasa.

Kemoterapi biasa (doxorubicin, vincristine, bleomycin, etoposide,vinblastine, paclitaxel): Beberapa kajian tentang dadah-dadah ini, sama digunakan sebagai monoterapi atau bercampuran dengan satu sama lain, menunjukkan kejayaan yang berbeza. Namun begitu terapi campuran lebih berkesan dari monoterapi. Bagaimanapun, kesan sampingan dengan terapi campuran lebih tinggi berbanding monoterapi dan liposomal.

Bolehkah KS dicegah?

Pada masa ini KS tidak boleh dicegah. Bagaimanapun,mengunakan ubat-ubat untuk mencegah KS adalah mungkin di masa hadapan. Memandangkan bahawa KSHV adalah penyebab utama KS, kajian kini menumpukan kepada ubat anti-virus yang boleh menentang virus ini. Pesakit HIV positif yang dijangkiti virus KSHV dan mempunyai kiraan sel CD4+ yang rendah mungkin mendapat faedah dari ubat ini kerana ia mungkin mencegah lesi KS dari membentuk.

Tuesday, April 15, 2008

Hepatitis B

Apakah Hepatitis B dan Bagaimana ia disebarkan.

Hepatitis B disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus ini tidak merosakkan hati secara terus tetapi ia mengakibatkan respon imun yang agresif dan ini membawa kepada keradangan dan kerosakan hati (hepatitis). Bagaimanapun HB boleh merosakkan bahan genetik dalam sel hati. Ini boleh menyebabkan kanser hati yang seperti hepatitis boleh membawa maut. Orang yang tidak pernah dijangkiti HBV boleh divaksinkan untuk mengelak dari jangkitan.

HBV agak sama dengan HIV dari segi transmisi: melalui pendedahan dari darah ke darah juga melalui seks. Bagaimanapun, tahap darah HBV adalah lebih tinggi dari HIV atau hepatitis C. Ini membolehkan virus ini lebih mudah disebarkan (seperti ibu ke bayi semasa kelahiran).

HBV hadir dalam darah, air mani dan air faraj dan disebarkan melalui seks. Satu lagi transmisi utama ialah dengan perkongsian barang penagihan dadah seperti picagari, pembara dan tidak kurang juga straw penyedut cocaine dan paip "crack cocaine" akibat dari kemungkinan terdedah kepada darah. Wanita mengandung yang mempunyai hepatitis B juga boleh menyebarkan kepada bayi semasa kelahiran.

Apakah yang berlaku selepas seseorang dijangkiti HBV?

Sebaik sahaja HBV masuk ke dalam badan, ia menjangkiti sel hati yang dipanggil hepatosit. Sebagai respon kepada jangkitan ini, sistem imun mula menentang virus dan hepatosit yang dijangkiti virus. Ini menyebabkan keradangan hati (hepatitis). HBV juga boleh mengakibatkan akut hepatitis, bermakna keradangan jangka pendek, sehingga sistem imun menghapuskan virus dari badan, biasanya dalam enam bulan selepas dijangkiti virus. Bagaimanapun HBV juga boleh menjadi jangkitan kronik. Ini bermakna sistem imun tidak dapat menghapuskan virus dalam enam selepas dijangkiti. Dalam perkataan lain, virus terus membiak dalam hati untuk beberapa bulan atau tahun selepas jangkitan. Ini boleh meningkatkan risiko kerosakan hati dan kanser hati. Apa lagi, seseorang yang mempunyai jangkitan HBV kronik boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain.

Kurang dari 10% orang dewasa yang dijangkiti HBV mengalami jangkitan kronik HBV. Sebaliknya 90% bayi yang dijangkiti HBV akan mengalami jangkitan kronik. Sebab itu, adalah penting untuk wanita mengandung untuk mengetahui status mereka sebelum melahirkan bayi. Ubat-ubatan boleh diberi kepada bayi selepas kelahiran untuk menghalang jangkitan hepatitis B. Kanak-kanak yang dijangkiti HBV mempunyai 25% - 50% risiko mengalami kronik hepatitis sementara bagi orang dewasa, ia bergantung kepada sistem imun mereka pada masa jangkitan. Misalnya, pesakit yang mempunyai respon imun yang telah diubah akibat pembedahan organ, menerima kemoterapi, dialisis untuk penyakit buah pinggang, menerima terapi steroid untuk menahan sistem imun atau HIV positif, besar kemungkinan akan menghadapi hepatitis B kronik daripada orang biasa (orang yang mempunyai imun yang sihat).

Simtom
Bukan semua orang yang dijangkiti HBV akan mengalami simtom hepatitis akut - antara 30% - 50% orang yang dijangkiti virus ini tidak akan mengalami sebarang simtom yang ketara. Sekiranya simtom berlaku, mereka biasanya berlaku dalam masa empat hingga enam minggu selepas jangkitan dan boleh berpanjangan dari satu atau dua minggu hingga beberapa bulan.
Simtom akut hepatitis B termasuk:
* Kulit, putih mata dan kuku menguning (jaundice)
* Kencing yang gelap dan/atau najis pucat
* Perasaan letih/lesu
* Demam
* Sakit di bahagian perut
* Kurang minat makan
* Muntah
* Cirit-birit
* Sakit di bahagian sendi

Sekiranya sistem imun tidak dapat mengawal jangkitan akut HBV dalam enam bulan, simtom hepatitits B kronik adalah mungkin. Tidak semua orang yang mengalami hepatitis B kronik akan mengalami simtom. Setengah orang akan mengalami simtom sekali sekala manakala setengah pula mengalami simtom yang enggan sembuh. Simtom hepatitis B kronik termasuk simtom yang dialami oleh akut hepatitis B cuma ia kurang kuat dan biasanya datang dan pergi. Simtom lain mungkin berlaku khususnya pada orang yang telah mengalami hepatitis B kronik bertahunan. Simtom lain termasuk ruam, gatal-gatal, artritis, dan kebakaran di bahagian tangan dan kaki (polineuropati).

Kurang dari 1% orang yang dijangkiti HBV akan mengalami jangkitan yang cepat dan teruk yang jarang sekali - boleh mengakibatkan kegagalan hati dan maut. Simtom hepatitis samada akut atau kronik harus diberitahu kepada doktor anda.

Bagaimana Hepatitis B dirawat?

Orang yang mengalami hepatitis B akut tidak memerlukan rawatan. Rihat, minum cecair yang baik (air, jus, susu dll) dan panadol (paracetamol) adalah mencukupi.
Rawatan hanya disyorkan kepada orang yang mengalami hepatitis B kronik. Tujuan terapi adalah untuk mengurangkan bebanan virus HBV ke tahap tidak dapat dikesan dan memulangkan enzim hati ke tahap normal, juga bertujuan menghapuskan HBeAg dan HBsAg. Sekiranya antijen ini dikeluarkan dari saluran darah, virus ini tidak mungkin kembali selepas rawatan dihentikan.

Masih terdapat perdebatan berkenaan masa yang paling baik untuk memulakan rawatan anti-HBV. Ramai pakar berpendapat bahawa rawatan harus dimulakan semasa bebanan virus tinggi atau tahap ALT meningkat. Pakar lain pula berpendapat bahawa tidak penting bebanan virus, kerana sekiranya ia dikesan, setiap tanda replikasi virus yang aktif bermakna risiko kanser hati ditingkatkan.

Bolehkah Hepatitis B dicegah?

Cara terbaik untuk mencegah hepatitis B ialah melalui vaksin. Terdapat dua jenis vaksin HBV Recombivax HB® dan Engerix-B®. Kedua-dua vaksin ini memerlukan tiga suntikan dalam jangkamasa enam bulan. Kesan sampingan bagi vaksin hepatitis B biasanya tidak teruk dan termasuk kesakitan di kawasan suntikan dan simtom demam selsema. Terdapat juga sejenis vaksin yang mengandungi HAV dan HBV Twinrix®), yang juga mesti diberi dalam tiga suntik dalam jangkamasa enam bulan.

Vaksin HBV ini biasanya berkesan kepada lebih daripada 90% orang dewasa dan kanak-kanak yang menerima ketiga-tiga dos. Terdapat beberapa kebimbangan bahawa orang HIV positif dengan sistem imun yang rosak tidak akan mendapat kesan dari vaksin, oleh itu adalah lebih baik untuk mendapatkan vaksin semasa kiraan sel-T masih tinggi.

Sekiranya anda tidak pernah dijangkiti hepatitis B, bincanglah dengan doktor anda. Vaksin ini disyorkan kepada:
* Orang HIV positif
* Lelaki homoseksual
* Penagih dadah yang menggunakan picagari
* Mereka yang mengidap hepatitis C kronik
* Mereka yang mempunyai lebih dari satu pasangan seks dalam enam bulan atau mempunyai sejarah STD
* Mereka yang bekerja di tempat di mana risiko jangkitan tinggi (seperti hospital dan klinik)
* Pesakit hemodialisis
* Mereka yang hidup dengan orang yang mengidap hepatitis B kronik

Vaksin HBV kini disyorkan untuk semua kanak-kanak. Sekiranya anda tidak divaksinkan terhadap hepatitis B, masih ada perkara yang boleh anda lakukan untuk mecegah dari jangkitan HBV. Ini termasuk menggunakan kondom semasa seks. Bagi penagih dadah yang menggunakan picagari dan berkongsi peralatan, mencuci picagari dengan cecair peluntur tidak akan membantu anda mengelakkan dari hepatitis B - adalah lebih baik untuk menggunakan picagari yang baru untuk mencegah dari jangkitan HBV. Juga jangan berkongsi peralatan yang mungkin mempunyai darah seperti berus gigi, pisau cukur, jarum yang digunakan untuk tattoo, akupuntur dan lain-lain.

Sekiranya and belum divaksinkan terhadap hepatitis B dan risau anda mungkin telah didedahkan kepada HBV - misalnya anda tersuntik picagari tercemar atau terdedah kepada seseorang yang mengidap hepatitis B melalui seks - adalah mungkin untuk menerima suntikan hepatitis B immune globulin (HBIG). HBIG disyorkan selepas pendedahan kepada virus hepatitis B kerana ia memberikan perlindungan jangka-pendek dan cepat terhadap virus. Satu dos vaksin hepatitis diberi pada masa yang sama. Dua dos vaksin lagi diberi untuk melengkapkan siri ini dan memastikan perlindungan jangka-panjang.

Monday, April 14, 2008

HEPATITIS A DAN HIV


Impak dan keberkesanan terapi ubat anti-HIV tidak dapat dinafikan dalam hidup dan masa depan orang HIV positif. Kadar jangkitan oportunistik masih lagi rendah di Amerika Syarikat dan adalah jelas bahawa mereka kini boleh hidup lebih lama dengan jangkitan HIV - hasil dari kesediaan dan kegunaan meluas rawatan ini

Malangnya, ubat HIV yang boleh memanjangkan hidup orang HIV positif telah mengakibatkan masalah baru. Beribu-ribu orang HIV positif juga dijangkiti atau boleh dijangkiti oleh satu dari beberapa virus hepatitis. Setengah virus hepatitis boleh menyebabkan jangkitan kronik, bermakna ia terus aktif untuk beberapa tahun dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada hati. Dan oleh kerana ramai orang HIV positif kini jarang mati akibat jangkitan berkait dengan AIDS, mereka kini berhadapan dengan masalah mengawal/menghalang virus ini dari mengancam nyawa mereka.

Virus hepatitis boleh mengakibatkan kerosakan hati jangka panjang, kegagalan fungsi hati dan kanser hati dianggap sebagai sebab utama pembawa maut kepada pesakit HIV positif. Pesakit terpaksa menentang dua jangkitan pada masa yang sama. Terdapat tiga jenis hepatitis. Hepatitis A, B dan C. Setiap jenis hepatitis ini mempunyai cara transmisi, simtom dan rawatan yang berlainan khusunya bagi seseorang yang hidup dengan HIV:

Hepatitis A
Hepatitis A disebabkan oleh virus hepatitis A (HAV). HAV disebarkan melalui tahi yang masuk ke dalam mulut seseorang. Ia boleh berlaku dalam situasi berikut:
* Makanan - khususnya makanan mentah atau yang tidak dimasak dengan baik (kerang, udang) atau makanan yang disediakan oleh seseorang yang mempunyai hepatitis A.
* Minum air atau ais yang dicemari najis
* Melakukan tabiat seks dengan meletakkan mulut di bahagian dubur (oral-anus seks) seseorang yang dijangkiti hepatitis A.
* Jarang, tetapi hepatitis A juga boleh disebarkan melalui perkongsian picagari oleh penagih dadah.

Hepatitis A adalah sejenis penyakit akut, bermakna ia tidak mengakibatkan jangkitan jangka panjang. Sekiranya anda mendapat hepatitis A, selepas sembuh, anda tidak boleh dijangkiti lagi. Bagaimanapun anda masih boleh dijangkiti hepatitis B dan C.

Risiko dijangkiti HAV bagi seseorang HIV positif adalah sama seperti orang biasa. Namun, kajian menunjukkan bahawa orang HIV positif akan mengalami simtom hepatitis A yang berpanjangan. Maknanya ia akan mengambil jangkamasa yang lebih lama untuk sembuh.
Satu lagi isu yang harus dipertimbangkan ialah ubat anti-HIV mungkin toksik terhadap hati. Setengah dari ubat ini boleh menyebabkan simtom hepatitis A lebih teruk. Kadangkala ubat HIV mungkin perlu dihentikan sehingga jangkitan hepatitis A berlalu atau sehingga enzim hati pulang ke tahap yang normal. Sekiranya anda HIV positif , mengambil ubat anti-HIV dan mengidap jangkitan hepatitis A, jangan menghentikan ubat anti-HIV anda tanpa membincangkannya dengan doktor anda.
Pencegahan
Cara yang paling baik untuk mencegah hepatitis A ialah melalui vaksin. Terdapat dua vaksin HAV di pasaran Havrix® dan VAQTA®. Kedua-dua vaksin ini hanya memerlukan dua suntikan dan diberikan selang enam bulan. Sekiranya kesan samping vaksin hepatitis A berlaku, ia biasanya tidak teruk dan termasuk kesakitan di tempat suntikan dan demam selsema. Kombinasi vaksin hepatitis A dan B juga terdapat di pasaran (Twinrix®).
Vaksin HAV ini amat berkesan. Lebih daripada 99% orang yang divaksinkan membentuk imuniti terhadap virus ini dan tidak akan mendapat hepatitis A lagi walaupun terdedah kepadanya. Terdapat kebimbangan bahawa orang HIV positif dengan sistem imun yang rosak tidak akan mendapat kesan dari vaksin, oleh itu adalah lebih baik untuk mendapatkan vaksin semasa kiraan sel-T masih tinggi.
Sekiranya anda tidak pernah dijangkiti oleh hepatitis A, bincanglah dengan doktor anda tentang vaksin. Oleh kerana orang HIV positif biasanya mengalami simtom yang teruk dan hati memainkan peranan yang penting dalam memecah-belahkan ubat anti-HIV, vaksin hepatitis A amat disyorkan. Mendapatkan vaksin adalah lebih penting bagi orang yang telah dijangkiti hepatitis A dan B.

Namun demikian, walaupun anda tidak divaksin untuk hepatitis A, ada beberapa perkara yang boleh dibuat untuk mencegah jangkitan HAV:
* Elakkan dari air yang dicemar najis
* Elakkan dari makan udang mentah atau yang kurang masak
* Selalu cuci tangan dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas, menukar lampin bayi dan sebelum menyediakan makanan atau sebelum makan
* gunakan kondom untuk oral-anus seks ("rimming")