Friday, April 4, 2008

MITOS HIV DAN AIDS


Mitos#1: Saya tidak harus bekerja atau berkawan dengan seseorang HIV positif kerana saya mungkin dijangkiti.
Anda tidak boleh mendapat HIV melalui perhubungan kasual. Ini bermakna, anda tidak boleh mendapat AIDS dengan berada di dalam bilik atau hidup di dalam rumah yang sama, memeluk atau mencium seseorang yang mempunyai penyakit HIV. HIV tidak boleh disebar melalui sentuhan biasa atau air liur. Ia hanya boleh disebarkan melalui perhubungan seks dengan seseorang yang dijangkiti atau berkongsi picagari dalam penggunaan dadah haramda tidak boleh mendapat HIV melalui perhubungan kasual. Ini bermakna, anda tidak boleh mendapat AIDS dengan berada di dalam bilik atau hidup di dalam rumah yang sama, memeluk atau mencium seseorang yang mempunyai penyakit HIV. HIV tidak boleh disebar melalui sentuhan biasa atau air liur. Ia hanya boleh disebarkan melalui perhubungan seks dengan seseorang yang dijangkiti atau berkongsi picagari dalam penggunaan dadah haram.
Mitos #2: Saya tidak boleh mendapat HIV dari teman lelaki atau perempuan saya kerana saya tahu orang ini mencintai saya dan saya percaya kepada dia.
Ini boleh menjadi konsepsi yang salah dan membawa maut. Pada umumnya orang yang mencintai sesama mereka tidak berniat memberi HIV kepada yang lain, pada masa yang sama, juga benar dalam hubungan antara dua individu, seorang mungkin HIV positif dan tidak mengetahuinya. Seseorang boleh dijangkiti HIV dan tidak menunjukkan sebarang simtom. Walaupun anda dilamun cinta, cara yang paling baik dan pasti adalah untuk mendapatkan ujian darah untuk kedua-dua pasangan.
Mitos #3: Terdapat rawatan yang boleh menyembuhkan HIV dan AIDS.
Rawatan terkini untuk penyakit yang boleh membawa maut ini adalah lebih baik dari dulu, tetapi yang penting ialah rawatan ini hanya dapat memanjangkan hidup kita, dan tidak menyembuhkan penyakit ini. Apabila rawatan berjaya, terdapat sedikit virus sahaja yang terdapat dalam darah menyebabkan ujian darah tidak dapat mengesannya. Namun, kajian terhadap pesakit dengan tahap darah "tidak dapat dikesan" telah menunjukkan yang virus itu masih terdapat dalam badan pesakit, menyembunyi, menidur dalam limfa dan organ lain. Mereka ini boleh disamakan dengan pesakit kanser yang dalam keadaan peringanan, dan mereka makan ubat untuk terus sihat. Mereka masih boleh menjangkiti orang lain, oleh itu mereka harus mengamalkan amalan seks sihat dengan menggunakan kondom.
Mitos #4: Saya tidak mahu mengambil ujian, kerana sekiranya saya mendapat HIV, hidup saya tidak bermakna lagi.
Apabila dikenalpasti anda HIV positif adalah satu masa yang menggeliru dan memusnahkan, adalah penting untuk menjalankan ujian secepat mungkin sekiranya anda berpendapat yang anda mungkin dijangkiti penyakit ini. Sekiranya anda tahu status anda, peluang untuk respon terhadap rawatan yang ada mungkin lebih baik. Pesakit HIV kini berasa sihat dan hidup lebih lama dari dulu. Walaupun tidak terdapat rawatan yang boleh menyembuh AIDS, penyakit ini kini boleh dikawal dengan ubat-ubatan terkini seperti kencing manis dan penyakit jantung.
Mitos #5: Saya tidak akan dijangkiti HIV kerana saya seorang heteroseksual dan bukan penagih dadah.
Sebenarnya, kadar HIV semakin meningkat di antara golongan heteroseksual. Orang yang mempunyai lebih dari satu pasangan seks mempunyai risiko tertinggi. Malangnya, ramai enggan memberitahu pasangan seks mereka yang mereka mempunyai hubungan yang lain. Oleh itu, amalkan amalan seks sihat dengan menggunakan kondom, dan juga mendapatkan ujian darah untuk diri dan pasangan anda.

No comments: