Thursday, April 3, 2008

Apakah AIDS?

AIDS (acquired immune deficiency syndrome) adalah satu keadaan yang disebabkan oleh virus HIV. Virus ini menyerang sistem imun, "angkatan tentera" dalam badan kita yang menentang jangkitan. Apabila sistem imun ini menjadi lemah, kita hilang kawalan dan mula membentuk banyak jangkitan yang merbahaya dan kanser. Ini adalah dipanggil "jangkitan oportunistik" atau OIs kerana mereka mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem daya tahanan badan. And mungkin telah mendengar bahawa seseorang telah "meninggal akibat AIDS". Ayat ini kurang tepat kerana sebenarnya jangkitan oportunistik yang mengakibatkan kematian bukan AIDS. AIDS adalah satu keadaan yang membolehkan OIs terjadi.

Di Amerika Syarikat, Centers for Disease Control (CDC) bertanggungjawab mengutip data atas nombor orang hidup dengan AIDS. Ini tidak sama dengan nombor orang yang hidup dengan HIV. Harus diingat bahawa AIDS mengandungi perkataan "immune deficiency (kekurangan imun). Oleh kerana seseorang boleh hidup dengan HIV dalam purata 10 tahun sebelum sistem imunnya menjadi lemah, AIDS adalah tahap lanjutan jangkitan HIV.

CDC menggunakan satu kriteria spesifik dalam mengenalpasti seseorang HIV yang telah melanjut ke AIDS. Salah satu perkara yang dilihat ialah kiraan sel-T: sekiranya sel T4 seseorang jatuh ke kurang dari 200, mereka dikatakan mengidap AIDS. Mereka juga melihat OIs yang dihadapi oleh pesakit HIV. Sekiranya seseorang HIV positif didiagnoskan dengan dengan satu jangkitan oportunistik yang terkandung dalam senarai CDC (lebih kurang 12 OIs berkait dengan HIV) maka mereka juga dianggap mengidap AIDS.

Banyak OIs boleh dihalang atau dirawat. Sebenarnya, banyak kajian AIDS yang anda dengar adalah mengenai kajian mencari rawatan bagi menyembuh OIs yang spesifik, dan bukan semata-mata untuk mencari ubat-ubatan yang boleh menyekat HIV.

No comments: