Saturday, April 5, 2008

HUBUNGAN ANDA DENGAN DOKTOR

Salah satu alat penting dalam memenangi penyakit HIV ialah hubungan anda dengan doktor anda. Adalah penting untuk mencari seorang doktor yang sesuai. Namun di Malaysia, kebanyakan pesakit dirujuk ke hospital kerajaan dan doktor-doktor yang merawat sering bertukar kecuali doktor-doktor pakar. Namun perkara ini tidak harus mengurangkan minat untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor tentang keadaan yang sedang anda lalui. Tidak ada ganti nasihat doktor dan pakar dalam rawatan HIV.

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana melawat doktor atau pakar HIV, anda boleh berhubung dengan Malaysian Aids Council (03-40451033), atau KLASS (03-4045-3686) atau PT Foundation (03-4044-4611) atau Community Aids Services Penang (CASP) (04-656-0935)

Apabila berjumpa doktor, beritahu doktor anda segala hal kesihatan yang menggelirukan atau menakutkan anda. Anda harus berasa senang berbincang dan menerima nasihat tentang tabiat seks, ketumbuhan di bahagian kemaluan atau kesakitan kerongkong yang dilalui serta ruam-ruam badan. Harus diingati, doktor bekerja untuk menyihatkan kita dan bukan untuk melepaskan hukuman atau pendapat mereka tentang cara hidup kita.

No comments: