Saturday, April 5, 2008

Kronologi AIDS

Sebelum 1970an
HIV (virus yang mengakibatkan AIDS) berkemungkinan dipindahkan ke manusia di Afrika pada tahun 1930an
HIV berkemungkinan masuk ke Haiti pada tahun 1966.
1970an
HIV berkemungkinan masuk ke Amerika Syarikat pada tahun 1970
Doktor-doktor di Afrika melihat kenaikan penyakit opportunis dan sindrom susut badan
Saintis dan doktor barat masih jahil terhadap epidemik yang meningkat
1981
AIDS dikesan di California dan New York
Kes-kes pertama adalah antara golongan homoseksual dan penagih dadah suntikan
1982
AIDS dilaporkan antara pesakit yang menerima transfusi darah dan orang Haiti di Amerika
AIDS dilaporkan di beberapa negara Eropah
Nama "AIDS - Acquired Immunodefeciency Syndrome" dicipta
Organisasi bukan kerajaan berusaha menggalakkan golongan homoseksual mengamalkan amalan seks sihat dan kondom
1983
AIDS dilaporkan antara wanita bukan penagih dadah dan kanak-kanak
Pakar bertambah yakin bahawa virus yang mengakibakan AIDS adalah berjangkit
Tiga ribu kes AIDS dilaporkan di Amerika Syarikat, seribu membawa maut
1984
Para saintis mengenalpasti HIV (asalnya dikenali HLTV-III atau LAV) sebagai penyebab AIDS
Saintis barat menyedari keleluasan jangkitan AIDS di setengah tempat di Afrika
Program menukar picagari yang pertama di dunia dimulakan di Amsterdam, Belanda
1985
Ujian HIV dilesenkan untuk menguji darah yang diderma
AIDS dijumpai di negeri China, dan di seluruh pelusuk dunia
1986
Lebih daripada 38,000 kes AIDS dilaporkan di 85 negara
Uganda menggalakkan perubahan tabiat seksual untuk mengatasi AIDS
1987
AZT dadah pertama dilulukan untuk merawat AIDS
UK dan negara-negara lain mengambil tindakan meningkatkan kesedaran tentang AIDS
1988
Kerajaan Amerika melancarkan kempen negara mendidik AIDS
Menteri-menteri kesihatan bertemu untuk membincangkan AIDS dan mengistiharkan Hari AIDS Sedunia
1990
Lebih kurang 8 juta orang di serata dunia hidup dengan HIV mengikut anggaran yang dibuat
1991
Thailand melancarkan program pencegahan yang intensif di Asia
1993
AZT didapati tidak memberi faedah kepada mereka yang baru dijangkiti
1994
AZT didapati mengurangkan risiko transmisi HIV dari ibu ke bayi
Jangkitan HIV ke atas bayi mula menurun di negara maju dengan penggunaan AZT
1995
Gabungan United Nations Programme on AIDS (UNAIDS) ditubuhkan
1996
Rawatan kombinasi anti-retroviral didapati sangat berkesan terhadap HIV
Di negara membangun, ramai mula menggunakan rawatan ini
Perbelanjaan tahunan sedunia di negara-negara miskin ialah $300 juta dolar
1997
Kematian AIDS mula menurun di negara-negara membangun kerana penggunaan dadah baru
Brazil adalah negara membangun yang pertama yang memberi rawatan kombinasi dengan percuma
Di negara membangun yang lain hanya segelintir yang mendapat rawatan HIV
Lebih 22juta orang hidup dengan HIV, mengikut anggaran yang dibuat
2000
Presiden Thabo Mbeki dari Afrika Selatan menyokong penentang AIDS
2001
Dalam sessi khas UN, pemimpin-pemimpin negara menetapkan matlamat jangka-panjang menentang HIV/AIDS
2002
Global Fund ditubuhkan untuk merangsangkan respon terhadap AIDS, TB dan malaria
Botswana memulakan program rawatan AIDS negara Afrika yang pertama
2003
Dadah HIV menjadi lebih mampu di negara-negara membangun
Kempen "3 by 5" dilancarkan agar rawatan senang diperolehi
Vaksin AIDS pertama melalui cubaan dan didapati tidak berkesan
2004
Amerika melancarkan PEPFAR untuk menentang AIDS di serata dunia
Selepas banyak keengganan, Afrika Selatan memulakan rawatan HIV percuma
2006
Pengkhatanan didapat berkesan menggurangkan jangkitan HIV antara lelaki heteroseksual
28% pesakit di negara-negara membangun menerima rawatan antiretroviral yang diperlukan
Perbelanjaan tahunan untuk AIDS di negara-negara miskin ialah $8.9bilion dolar
Adalah dianggarkan $14.9bilion dolar diperlukan untuk mendapat respon yang berkesan
2007
Lebih kurang 33 juta orang hidup dengan HIV mengikut anggaran
Satu lagi vaksin utama diberhentikan apabila laporan awal menunjukkan tiada kesan

No comments: