Sunday, April 6, 2008

SIAPA HARUS SAYA BERITAHU? BERCAKAP TENTANG STATUS ANDA

Anda HV positif (HIV+). Anda baru sahaja tahu tentang status anda. ATAU anda telah lama mengetahui tentangnya. Samada ia adalah berita yang baru diterima atau sesuatu yang telah anda hidup dengan buat seketika, tentu terdapat banyak situasi di mana anda terpaksa membuat keputusan samada untuk mendedahkan status HIV anda - untuk memberitahu orang lain yang anda dijangkiti HIV. Di dalam beberapa situasi, anda akan mendapati yang anda terpaksa mengimbang antara kejujuran dan melindungi hak kesendirian.

Siapakah yang harus anda beritahu? Adakah ada seseorang yang anda mahu beritahu, tetapi tidak tahu bagaimana atau sebanyak mana harus anda beritahu? Adakah ada seseorang yang mesti anda beritahu seperti isteri, pasangan hidup atau seseorang yang sedang anda bercinta? Bagaimana dengan memberitahu pasangan seks anda tentang status anda? Mungkin anda akan melalui pembedahan atau berjumpa doktor gigi. Adakah anda perlu memberitahu mereka dan doktor-doktor swasta lain yang anda HIV positif? Adakah mereka mempunyai hak untuk bertanya tentang status HIV anda atau enggan memberi rawatan kerana anda HIV positif? Adakah terdapat situasi di mana anda diperlukan mendedahkan status HIV positif anda?

Bersama dengan banyak perasaan yang dirasa dan pemikiran yang akan anda lalui dalam penerimaan hakikat anda dijangkiti HIV, ini adalah beberapa persoalan dan kebimbangan yang timbul berkenaan dengan pendedahan status HIVanda. Sepertimana dengan isu-isu HIV atau yang berkait dengan keputusan hidup yang penting, tidak ada jawapan yang tepat untuk semua orang. Ia mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan status HIV positif. Oleh itu, adalah penting untuk tidak terburu-buru mendedahkan status anda tanpa memberi pemikiran tentangnya. Perasaan mahu berkongsi berita ini dengan orang lain adalah satu reaksi semulajadi, terutamanya apabila ia masih baru dan anda berasa kalah, lemah dan kurang pasti tentang masa depan anda. Hakikatnya, orang HIV harus memilih kepada siapa dan bila harus mereka dedahkan status mereka. Proses ini biasanya melibatkan perasaan cemas dan ketidakpastian.

Oleh itu, adalah penting untuk bertanyakan diri sendiri, "amat pentingkah pendedahan status HIV saya kepada individu yang hendak saya beritahu?" Sekiranya, jawapannya ialah tidak, mungkin, anda harus memberi pemikiran yang lebih sebelum mendedahkan status anda. Sekiranya ia amat perlu kerana ia boleh membantu anda mendapat rawatan yang sewajar atau bantuan yang diperlukan, maka, dalam situasi seperti ini, pendedahan adalah wajar. Namun, keputusan masih ditangan anda.

Ramai orang yang telah lama hidup dengan HIV masih mengalami situasi di mana mereka terpaksa membuat keputusan samada untuk mededahkan status mereka. Perasaan ingin memberitahu ahli keluarga mereka, majikan, sesama pekerja atau sahabat handai adalah perasaan semulajadi. Namun, hakikatnya, ia boleh menimbulkan masalah kepada anda. Dalam dua puluh lima tahun epidemik HIV ini, terdapat banyak perubahan dalam pengetahuan dan kefahaman tentang HIV. Malangnya stigma dan diskriminasi terhadap HIV dan orang yang dijangkiti masih berleluasa. Walaupun kefahaman dan penerimaan adalah lebih baik berbanding dengan dulu, namun, reaksi prasangka dan ketidak belas kasihan masih wujud di kalangan ahli keluarga, tempat kerja dan dalam situasi sosial.

No comments: