Sunday, March 30, 2008

APAKAH HIV?


HIV adalah nama singkatan virus "Human Immunodeficiency Virus" sejenis virus yang menjangkiti sel-sel dalam badan manusia dan mereplikasi dalam sel-sel itu. Virus boleh merosakkan sel-sel manusia, dan adalah sebab ia boleh menyebabkan seseorang jatuh sakit.
HIV boleh disebarkan dari satu sama lain. Seseorang boleh dijangkiti HIV apabila didedahkan kepada bendalir orang yang telah dijangkiti HIV.
Seseorang yang dijangkit HIV dipanggil 'HIV+' atau HIV positif.
Pusingan Hidup HIV
Untuk virus membiak, ia mesti menjangkiti sejenis sel. Virus secara teknikal bukan organisme yang hidup: mereka adalah seperti otak tanpa badan. Untuk membolehkan virus membuat virus baru, mereka mesti menculik satu sel dan menggunakan sel itu untuk membuat virus (juga dipanggil salinan). Badan kita selalu membuat sel baru untuk kulit, atau darah. Setiap sel juga membuat protein baru untuk terus hidup dan membiak. Virus menyembunyikan RNAnya dalam sel DNA, dan kemudian apabila sel membuat protein baru, ia secara tidak sengaja membuat virus baru juga. HIV biasanya menjangkiti sel-sel dalam sistem imun.
Jangkitan
Beberapa jenis sel-sel mempunyai protein di permukaan mereka yang dipanggil saraf penerima CD4. HIV mencari sel-sel yang mempunyai saraf penerima CD4 di permukaan mereka, kerana protein ini membolehkan virus ini melekat pada sel. Walaupun HIV menjangkiti berbagai sel-sel, sasaran utamanya ialah T4-limfosit (atau di panggil sel pembantu-T), sejenis darah putih yang mempunyai banyak saraf penerima CD4. Sel T4 bertanggungjawab memberi amaran kepada sistem imun apabila terdapat serangan dalam sistem.
Salinan
Apabila HIV melekat kepada sel, ia menyembunyikan DNA HIV ke dalam sel DNA dan ini menjadi kilang HIV.
Istilah
Untuk memahami HIV beberapa istilah mesti diketahui:
DNA - seperti cetak biru bangunan
Enzim - Enzim adalah seperti perkerja sel. Ia membentuk protein baru, mengangkut bahan sekeliling sel dan melalukan fungsi penting selular.
RNA - Ini adalah seperti pengurus pembinaan. Sel-sel menggunakan RNA untuk memberitahu enzim bagaimana membina sebahagian sel secara spesifik. Untuk membuat protein baru, enzim akan membuat salinan sebahagian DNA ke dalam RNA. RNA ini kemudiannya digunakan oleh enzim lain untuk membuat salinan protein baru atau enzim spesifik untuk HIV.
Protein - Seakan batu bata bangunan yang diperlukan oleh benda-benda hidup
Nukleus - Satu bungkusan kecil di dalam sel di mana bahan genetik disimpan.
Langkah Pertama : Melekat
Virus terdiri dari selaput luar protein, lemak dan gula yang membalut satu set gene (dalam kes HIV, maklumat genetik terkandung dalam RNA, bukan DNA) dan enzim khas.
HIV mempunyai protein dalam selaputnya yang sangat tertarik kepada permukaan saraf penerima CD4+ pada permukaan sel T4. Apabila HIV melekat pada permukaan saraf CD4+, ia mengaktifkan protein lain pada permukaan sel dan membolehkan selaput HIV bercantum dengan permukaan sel.
Pintu masuk boleh dihalang oleh penyekat pintu (ubatan-ubatan baru atau Fusion Inhibitors)
Langkah Kedua: Memutarbalikkan Salinan
Gene HIV dibawa oleh dua lembar RNA manakala bahan genetik sel manusia terkandung di dalam DNA. Untuk membolehkan virus menjangkiti sel, satu proses "memutarbalikkan salinan" berlaku untuk membuat salinan DNA kepada virus RNA.
Selepas proses melekat, kandungan virus (yang mengandungi RNA dan enzim yang penting) dilepaskan ke dalam sel hos. Enzim virus memutarbalikkan salinan DNA kepada RNA. DNA baru ini dipanggil "pra-virus DNA".
Proses memutarbalikkan salinan ini boleh di sekat oleh ubat-ubatan NRTI (Nucleotide Reverse Transcriptase Inhibitors) - seperti Combivir (Zidovudine+Lamivudine), Stavudine, Didanosine, Abacavir, Tenofovir dan NNRTI (Non-Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors) - seperti, Efavirenz (Stocrin) dan Nevirapine.
Langkah Ketiga: Mengintegrasi
DNA HIV kemudiannya dibawa oleh sel-sel nukleus (ditengah), di mana DNA sel-sel disimpan. Satu lagi enzim virus yang dipanggil "integrase" menyembunyikan DNA pra-virus ke dalam sel-sel DNA. Apabila sel cuba membuat protein baru, ia dengan tidak sengaja membuat HIV baru.
Proses integrasi ini boleh disekat oleh ubat-ubatan kelas baru yang digelar Integrase Inhibitors. Integrase Inhibitors memberi harapan kepada ramai pesakit HIV+, khususnya mereka yang telah membentuk penentangan terhadap ubat-ubatan yang melawan dua enzim HIV lain seperti memutarbalikkan salinan and protease.
Langkah Keempat: Salinan
Sebaik sahaja bahan genetik HIV masuk ke dalam sel nukleus, ia akan mengarahkan sel mengeluarkan HIV baru.
Lembaran DNA virus dalam nukleus berpisah dan enzim khas membuat satu lembaran pelengkap bahan genetik yang dipanggil pengutus RNA atau mRNA (arahan bagi membuat HIV baru).
Adalah diharap proses salinan ini boleh disekat oleh ubatan-ubatan kelas baru yang dipanggil Transcription Inhibitors (TIs) yang masih dalam kajian awal.
Langkah Kelima: Penterjemahan
Pengutus RNA (mRNA) membawa arahan bagi membuat protein virus baru dari nukleus ke sejenis makmal dalam sel. Setiap bahagian mRNA berhubung dengan satu protein seperti batu bata yang membina HIV.
Apabila satu lembaran mRNA diproses, satu lembaran protein pelengkap juga dibuat. Proses ini berterusan hingga lembaran mRNA telah diubah atau "diterjemahkan" ke dalam satu proterin virus baru yang diperlukan untuk membuat virus baru.
Langkah Keenam: Pemasangan dan Kematangan
Langkah terakhir bermula dengan pemasangan virus baru. Lembaran protein yang panjang dipotong oleh enzim virus yang dipanggil protease kepada protein yang lebih kecil. Protein-protein ini mempunyai fungsi yang berbagai; setengah membentuk struktur elemen baru HIV, manakala yang lain menjadi enzim, yang digunakkan untuk memutarbalikkan salinan.
Sebaik sahaja bahagian-bahagian virus baru dipasang, mereka melekat ke sel hos dan membentuk virus baru. Virus ini kemudiannya memasuki tahap kematangan yang melibatkan pemerosesan protein virus. Kematangan adalah langkah terakhir dalam proses ini dan adalah perlu untuk virus ini berjangkit.
Dengan se;esainya proses pemasangan dan kematangan virus, virus itu boleh menjangkiti sel-sel baru. Setiap sel yang dijangkiti boleh menghasilkan banyak virus baru.
Proses pemasangan virus ini boleh disekat oleh Protease Inhibitor (PIs)- Kaletra, Indinavir, Ritonavir, Saquinavir. Proses Kematangan kini dikaji oleh syarikat-syarikat yang membuat ubat HIV, dan diharap dapat disekat oleh Maturation Inhibitors.

No comments: