Saturday, May 3, 2008

Stigma dan Diskriminasi HIV/AIDS


Sejak para saintis mengenali HIV dan AIDS, respon sosial terhadapnya ialah ketakutan, penafian, stigma dan diskriminasi telah mengiringi epidemik ini. Diskriminasi telah menyebar dengan cepat, menjadi bahan api kekeliruan dan prejudis terhadap kumpulan yang paling terlibat, bersama dengan mereka yang hidup dengan HIV dan AIDS. Patut disebut bahawa HIV dan AIDS bukan sahaja berkenaan fenomena sosial tetapi juga kebimbangan biologi dan perubatan. Di seluruh dunia, epidemik sejagat HIV/AIDS berkemampuan mencetuskan perasaan belas kasihan, perpaduan dan sokongan, mengeluarkan sifat terbaik seseorang, keluarga dan komuniti mereka. Tetapi penyakit ini juga dikaitkan dengan stigma, penindasan dan diskriminasi, sebab individu yang terlibat (atau dipercayai dijangkiti) oleh HIV telah disingkir oleh keluarga, kawan dan komuniti. Penyingkiran ini berlaku di negara maju dan juga negara miskin. Stigma adalah satu alat kawal sosial yang sangat berkesan. Stigma boleh digunakan untuk mengenepikan dan menggunakan kuasa terhadap individu-individu yang menunjukkan sesuatu sifat/ciri. Walaupun penyingkiran masyarakat terhadap kumpulan sosial seperti homoseksual, penagih dadah dan pekerja seks wujud sebelum HIV/AIDS, penyakit ini telah memperkuatkan stigma ini. Dengan menyalahkan kumpulan dan individu ini, masyarakat boleh mengelak dari tanggungjawab untuk memberi penjagaan kepada kumpulan orang-orang ini. Ini bukan sahaja terlihat dalam cara mereka menyalahkan "orang luar" yang membawa HIV ke negara mereka, tetapi juga dalam bagaimana kumpulan-kumpulan ini dilarang mendapatkan rawatan dan perkhidmatan yang diperlukan.

Mengapakah terdapat stigma terhadap HIV dan AIDS?

HIV/AIDS biasanya dilihat sebagai membawa malu kepada orang yang dijangkiti, keluarga mereka dan/atau komunitinya. Ia biasanya dikaitkan dengan kumpulan minoriti atau tingkah laku seperti homoseksual, penagih dadah atau persetubuhan secara rambang dan dilihat sebagai sifat tidak bertanggungjawab seseorang. Malangnya, respon negatif terhadap HIV/AIDS wujud secara meluas dan biasanya disuap oleh dan diperkukuhkan dengan pendapat baik dan buruk berkenaan seks dan penyakit, dan kelakuan yang betul atau tidak.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada stigma HIV/AIDS:
* HIV/AIDS adalah satu penyakit yang mengancam nyawa
* Kebanyakan orang takut dijangkiti HIV
* Penyakit ini dikaitkan dengan sesuatu tingkah-laku (seperti sex antara lelaki dan penagih dadah suntikan) yang telahpun distigmakan oleh masyarakat
* Orang yang hidup dengan HIV/AIDS biasanya dilihat sebagai bertanggungjawab kepada jangkitan mereka
* Kepercayaan moral dan agama membuat orang percaya bahawa HIV/AIDS adalah hasil dari kegagalan moral dan agama dan harus dihukum.

"Anak angkat saya, Michael, umur 8, dilahirkan HIV positif dan didiagnos dengan AIDS pada umur 8 bulan. Saya membawa dia ke keluarga saya di satu kampung di England Pada mulanya, hubungan dengan sekolah tempatan sangat baik dan Michael berjaya di sana. Hanya ketua sekolan dan guru Michael tahu tentang penyakitnya."
"Kemudian, rahsia dia terbongkar dan memberitahu seorang ibubapa yang Michael ada AIDS. Ibubapa itu memberitahu yang lain. Ini menyebabkan satu panik dan permusuhan, kami terpaksa pindah dari kampung itu. Risiko terhadap Michael dan kami, keluarga Michael amat tinggi. Rusuhan rakyat amat berbahaya. Kejahilan tentang HIV bermakna orang takut dan orang yang takut tidak boleh bertindak dengan waras. Kami mungkin akan dikejar dari rumah kami sekali lagi." - Debbie - bercakap kepada National AIDS Trust, UK, 2002


Penyakit kelamin biasanya mencetuskan respon dan reaksi yang kuat. Sejak awal epidemik AIDS, satu siri gambar-gambar yang menakutkan telah digunakan untuk menguatkan dan mengesahkan stigma.
* HIV/AIDS satu hukuman ( untuk perangai tidak bermoral)
* HIV/AIDS satu jenayah (tentang bersalah atau tidak mangsanya)
* HIV/AIDS sebagai perang (tentang virus yang perlu dimenangi)
* HIV/AIDS satu yang ngeri (orang yang dijangkiti ditakuti)
Bersama dengan dengan kepercayaan meluas bahawa HIV/AIDS memalukan, gambaran ini membentuk tangappan yang tidak betul dan menjadi penjelasan kepada stigma dan diskriminasi. Ini membuat orang yang tidak mempunyai masalah moral percaya bahawa mereka tidak akan dijangkit HIV.

Bentuk-bentuk stigma dan diskriminasi HIV/AIDS

Dalam setengah masyarakat, undang-undang, polisi dan peraturan-peraturan boleh meningkatkan stigma terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS. Undang-undang yang mewajibkan ujian darah dan menghadkan migrasi dan perjalanan ini meningkatkan stigma dan diskriminasi dan membentuk satu perasaan selamat yang palsu akan risiko HIV/AIDS. Undang-undang yang memerlukan notifikasi kes HIV/AIDS dan menghadkan perjalanan orang yang dijangkiti kesemuanya atas alasan kesihatan. Akibatnya beberapa negara telah menggubal undang-undang untuk melindungi hak dan kebebasan orang yang hidup dengan HIV/AIDS dan terhadap diskriminasi. Kebanyakan dari undang-undang ini bertujuan memastikan hak kepada pekerjaan, pelajaran, privasi dan kerahsian. bersama dengan hak untuk mendapatkan informasi, rawatan dan sokongan.

Kerajaan tempatan dan persekutuan kadangkala menyembunyikan kes atau gagal menyimpan satu sistem laporan yang diharap. Enggan mengaku adanya HIV/AIDS, kegagalan membantu mereka yang hidup dengan HIV/AIDS, atau memahami epidemik ini "kerana ia tidak akan berlaku kepada kami" adalah beberapa bentuk penafian. Penafian ini membuat stigma lebih kuat kerana ia membuat orang yang dijangkiti nampak abnormal dan berkecualian.

Stigma dan diskriminasi boleh berlaku dalam komuniti sebagai respon kepada HIV/AIDS. Gangguan terhadap individu yang disyaki dijangkiti HIV telah banyak dilaporkan. Ia biasanya didorong oleh keperluan untuk menuduh dan menghukum dan dalam keadaan yang extrim, termasuk pergaduhan dan pembunuhan. Kes pembunuhan berkait dengan AIDS telah dilaporkan di negara-negara seperti Brazil, Colombia, Ethiopia, India, Afrika Selatan dan Thailand. Pada Disember 1998, Gugu Dhlamini dibatu dan dipukul hingga mati oleh jiran dalm bandarnya dekan Durban, Afrika Selatan selepas bercakap secara terus terang tentang status HIVnya pada Hari AIDS Sedunia.

Wanita dan Stigma

Impak HIV/AIDS terhadap wanita amat menonjol. Dalam sesetengah masyarakat, wanita paling merugikan dari segi ekonomi, sosial dan budaya. Mereka juga susah mendapat rawatan, bantuan kewangan dan pelajaran. Wanita biasanya disalahkan dan dituduh meyebarkan penyakit kelamin. Bersama dengan kepercayaan tradisional tentang sex, darah dan transmisi tentang penyakit lain, kepercayaan ini membentuk asas stigma terhadap wanita dalam konteks HIV/AIDS. Wanita HIV positif selalunya dilayan berlainan dari lelaki di negara membangun. Lelaki biasanya dimaafkan atas kelakuan mereka berkenaan jangkitan tetapi wanita tidak.
"Ibu mertua saya memberitahu orang "Sebab dia, anak saya mendapat penyakit ini. Anak saya seorang yang baik dan dia memberi penyakit ini kepada dia". - Wanita HIV positif, India, 26 tahun.
Di India, misalnya, suami mereka kadang-kadang meninggalkan isteri yang mereka jangkiti. Penyingkiran oleh ahli keluarga lain juga biasa. Dalam setengah negara Afrika, wanita yang kehilangan suami kepada AIDS pernah dituduh penyebab kematian mereka.

Keluarga

Dikebanyakan negara membangun, keluarga adalah penjaga utama apabila seseorang jatuh sakit. Tidak dapat dinafikan kepentingan dan peranan keluarga dalam memberi sokongan dan penjaggan kepada orang yang hidup dengan HIV/AIDS. Bagaimanapun, tidak semua keluarga respon dengan positif. Ahli keluarga yang dijangkiti boleh mendapati mereka distigma dan diskriminasikan di rumah. Bukti menambah tentang wanita dan homoseksual dilayan dengan buruh dalam keluarga berbanding kanak-kanak dan lelaki biasa.
" Ibu mertua saya menyimpan semua barang rumah berasingan dari saya - pinggan dan gelas = mereka tidak pernah mendiskriminasi suami saya semasa dia hidup. Mereka makan bersama dia. Bagi saya, banyak arahan dan peraturan. Mereka tidak membenarkan saya mengguna baldi untuk mandi dan akan menjerit sekiranya nampak saya menggunakannya. Mereka selalu menggangu saya seakan-akan saya boleh menjangkiti mereka dengan berkongsi alat perumahan dengan mereka. Saya berharap orang lain tidak akan melalui situasi saya. Saya berharap keluarga lain tidak akan melayan keluarga mereka begini. Namun apa boleh saya buat? Keluarga kandung saya enggan mengambil saya balik." - Wanita HIV positif, 23 tahun, India.

Pekerjaan

Walaupun tidak banyak bukti HIV boleh disebarkan di tempat kerja, risiko transmisi telah digunakan sebagai alasan untuk menghentikan atau enggan menggaji pekerja HIV positif. Terdapat bukti bahawa orang yang hidup dengan HIV/AIDS yang berterus terang tentang status mereka di tempat kerja, akan mengalami stigma dan diskriminasi oleh pekerja lain.
" Tidak ada seorang pun yang sanggup berdekatan atau makan bersama saya di kantin. Tidak orang yang ingin berkerja dengan saya. Saya seperti mempunyai penyakit kusta." HIV positif, 27 tahun, India.

Banyak industri memerlukan pekerja melalui ujian kesihatan sebelum diambil kerja. Bagi industri yang memberi insuran kesihatan kepada pekerja mereka, ujian kesihatan adalah mesti kerana desakan syarikat insurans. Ini membuat orang HIV positif sukar mendapat pekerjaan.
" Walaupun kami tidak ada polisi sekarang, tetapi sekiranya pada masa temuduga, saya mendapati seseorang mengidap HIV, saya tidak akan menggaji beliau. Saya tentu tidak akan membeli masalah ke syarikat saya. Saya melihat penggajian sebagai satu jual-beli perhubungan antara majikan dan pekerja." - Ketua Pembangunan Sumber Manusia, India.

Kesihatan

Terdapat beberapa laporan yang mendedahkan orang distigma dan diskrimasikan oleh pekerja perubatan. Diskriminasi termasuk enggan memberi rawatan, keengganan pekerja hospital memberi bantuan, ujian HIV tanpa persetujuan, kurang kerahsiaan dan keengganan menggunakan peralatan hospital dan memberi ubat-ubatan. Respon begini biasanya disebabkan oleh kejahilan dan kurang tahu tentang transmisi HIV.
" Terdapat ketakutan histeria ... pada semua peringkat pekerja, bermula dengan penyapu lantai kepada pembantu wad, hingga ketua jabatan, yang membuat mereka takut berhubung dengan pesakit HIV positif. Di mana terdapat pesakit HIV positif, respon mereka agak memalukan." - Seorang doktor kanan dari hospital kerajaan yang kini bekerja di hospital swasta, India.

Satu kajian yang dilakukan pada 2002 antara 1000 orang doktor, jururawat dan bidan di empat negeri di Nigeria, menunjukkan keputusan yang memalukan. Dalam 10 doktor dan jururawat, terdapat satu yang mengaku enggan memberi perawatan kepada pesakit HIV/AIDS atau enggan memasukkan pesakit HIV/AIDS ke dalam wad mereka. Hampir 40% ingat bahawa perwatakan seseorang boleh menunjukkan status HIV positif mereka, dan 20% menganggap orang yang hidup dengan HIV/AIDS telah melakukan kesalahan moral dan patut menerima nasib mereka. Satu faktor yang menyebabkan doktor dan jururawat mempunyai stigma terhadap pesakit ialah takut didedahkan kepada HIV kerana kekurangan peralatan perlindungan. Doktor juga dilaporkan berasa kecewa kerana kekurangan opsyen dalam rawatan orang HIV/AIDS, kerana mereka "akan mati."

Kekurangan kerahsian telah banyak kali disebut sebagai masalah dalam penjagaan kesihatan. Ramai orang yang hidup dengan HIV/AIDS tidak dapat memilih bagaimana, bila dan kepada siapa untuk memberitahu status HIV mereka. Selepas ditinjau, didapati 29% orang yang hidup dengan HIV/AIDS di India, 38% di Indonesia dan lebih 40% di Thailand mengatakan bahawa status HIV positif mereka didedahkan oleh orang lain tanpa persetujuan mereka. Di setengah hospital, tanda yang besar menunjukkan wad HIV/AIDS.

Menuju ke hadapan

Stigma dan diskriminasi HIV merupakan penghalan utama untuk melawan epidemik HIV/AIDS. Ketakutan akan diskriminasi biasanya menghalang orang yang mendapatkan rawatan AIDS atau mengaku status HIV mereka di khalayak ramai. Stigma yang berkait dengan HIV/AIDS boleh juga dipindahkan kepada keluarga terdekat dan menyebabkan ahli keluarga lain disingkir oleh masyarakat. Penafian berganding bahu dengan diskriminasi dengan ramai orang menafikan wujudnya HIV di dalam masyarakat mereka. Hari ini, HIV/AIDS mengancam kesihatan dan kebajikan manusia di seluruh dunia. Pada akhir 2007, 33.2 juta orang hidup dengan HIV dan pada tahun yang sama 2.1 juta mati akibat AIDS. Menentang stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS adalah sama penting dengan pencarian ubat penyembuh serta mencegah and mengawal epidemik global ini.
Jadi, bagaimana progres boleh dibuat dalam mengatasi stigma dan diskriminasi? Bagaimana kita boleh mengubah perangai orangramai terhadap AIDS? Pencapaian terhad boleh dicapai melalui proses undang-undang. Di setengah negara, orang yang hidup dengan HIV atau AIDS kurang pengetahuan tentang hak mereka dalam masyarakat. Mereka perlu diajar agar mereka dapat mencabar stigma dan diskriminasi apabila ditemui. Institusi dan badan-badan penyelia boleh menguatkuasakan hak orang yang hidup dengan HIV atau AIDS dan membentuk satu kuasa yang kuat dalam menentang kesan buruk stigma dan diskriminasi.
Bagaimanapun tidak ada satu polisi atau undang-undang yang boleh menentang diskriminasi HIV/AIDS. Perasaan takut dan prejudis yang menjadi sebab utama diskriminasi HIV/AIDS harus ditangani di peringkat tempatan dan persekutuan. Satu persekitaran yang baik perlu diadakan untuk menunjukkan bahawa orang HIV/AIDS adalah "sebahagian" dari mana-mana masyarakat. Pada masa hadapan, tanggungjawab adalah untuk menghadapi perasaan takut masyarat yang berasal dari maklumat atau tanggapan palsu tentang HIV/AIDS.

No comments: