Wednesday, April 9, 2008

OIs : Jangkitan Kandida/Yis/Seriawan

Jangkitan yis, yang juga dikenali kandida, adalah penyakit yang diakibatkan oleh fungus (kulat) (candida albicans). Setiap orang mempunyai fungus ini di luar dan di dalam badan mereka. Ia boleh didapati di bahagian kulit, perut, kolon dan rektum, vagina dan kerongkong. Biasanya, candida albican ini tidak berbahaya dan sebenarnya membantu mengawal kadar bakteria. Kadang-kadang terdapat penumbuhan luarbiasa dan ini boleh mengakitbatkan beberapa masalah.

Orang biasa dan pesakit HIV boleh mendapat kandida. Ramai wanita mengalami jangkitan yis vagina, juga sejenis kandida. Sama juga, seseorang boleh mengalami ketumbuhan luarbiasa fungus di dalam mulut mereka atau di kerongkong. Tekanan hidup, diet yang kurang sihat atau kurang rihat boleh menyumbang kepada masalah ini. Juga mereka yang mengambil antibiotik untuk jangkitan bakteria, khususnya untuk jangkamasa yang panjang, boleh membentuk jangkitan yis di bahagian mulut dan vagina. Kandida dalam mulut (oral thrush) juga boleh berlaku kepada orang yang meyedut steroid, seperti yang digunakan untuk merawat asma atau masalah paru-paru yang lain.

Kebersihan mulut dan merokok juga boleh memainkan peranan dalam ketumbuhan luarbiasa fungus dalam mulut. Penggunaan alkohol dan gula yang berlebihan juga telah dikaitkan dengan penumbuhan kandida.

Bagi orang HIV positif, jangkitan yis mulut dan vagina boleh berlaku pada bila-bila masa, tanpa menghiraukan kiraan sel-T. Lebih termusnah sistem imun anda, jangkitan yis mulut dan vagina lebih kerap berlaku. Orang HIV positif yang mempunyai sel-T kurang dari 200 akan mengalami jankitan kandida yang lebih mendalam dalam tubuh mereka seperti di esofagus dan paru-paru.

Simtom dan Rawatan

Kandida mulut: Setengah dari simtom umum kandida mulut termasuk kesakitan membakar di kawasan mulut and kerongkong, perubahan rasa (khususnya apabila makan makan pedas atau manis), dan kesusahan menelan. Kandida mulut tampak putih serta kemerahan pada lidah, gusi, bahagian tepi atau atap mulut, dan di bahagian belakang kerongkong. Kadangkala, kandida mulut boleh mengakibatkan bahagian tepi mulut retak dan sakit (angular cheilitis). Ia juga boleh dikikis dan ia meninggalkan satu kawasan yang merah yang kadangkala berdarah.

Rawatan biasa untuk kandida mulut ialah dengan menggunakan ubat cair yang disimpan dalam mulut selama lima minit sebelum ditelan (nystatin) dan/atau pil atau kapsul.

Nystatin : Dos nystatin ialah 5ml empat kali sehari dan cecair ini harus disimpan dalam mulut selama 5minit sebelum ditelan. Ini membolehkan ubat ini bertindak ke atas yis dalam mulut kerana selepas ia ditelan, ia tidak berkesan di bahagian perut. Ubat ini harus diambil selama satu hingga dua minggu.

Fluconazole: Ubat ini dalam bentuk pil harus ditelan. Kajian menunjukkan ia amat berkesan dan juga senang ditahan. Dos biasanya 100mg sekali sehari untuk 7 hingga 14 hari.

Ketoconazole atau Itraconazole: Kapsul ini mesti ditelah dan kurang berkesan berbanding fluconazole. Namun mereka adalah ubat alternatif sekiranya tiada ubat yang disebut di atas

Kandida Vagina: Simtom yang paling ketara dalam jangkitan yis vagina adalah satu pengeluaran putih yang pekat yang kelihatan seperti keju kotej. Ia juga boleh menyebabkan kegatalan dan kebakaran di sekeliling vagina, bersama ruam dan sensitif kepada sentuhan di bahagian luar bibir vagina. Wanita HIV positif lebih kerap mengalami jangkitan yis berulangan berbanding dengan wanita HIV negatif.

Kandida Esofagus: Kandida jenis ini berlaku di bahagian esofagus dan biasanya tidak boleh di lihat dengan melihat ke dalam mulut. Ia boleh menyebabkan sakit dada, dan juga kesakitan dan kesusahan menelan. Kandida esofagus lebih biasa berlaku kepada pesakit HIV positif yang mempunyai daya tahanan yang lemah.

Biasanya doktor boleh mendiagnoskan kandida dengan melihat ke dalam mulut, kerongkong atau vagina. Kadangkala, adalah perlu untuk mengikis pertumbuhan ini untuk dihantar ke makmal. X-ray dan sejenis "scope" yang dipanggil endoscope digunakan untuk melihat bahagian esofagus. Proses ini dilakukan oleh doktor di klinik Tekak, Hidung dan Telinga (THT/ENT).
Rawatan untuk kandida esofagus adalah sama seperti rawatan kandida mulut.

No comments: