Tuesday, April 8, 2008

Transmisi Jangkitan

Terdapat beberapa cara di mana seseorang boleh dijangkiti HIV. Jangkitan HIV boleh disebarkan melalui:

* seks tanpa kondom dengan pasangan yang berjangkit;
* suntikan atau transfusi darah tercemar atau produk darah (juga melalui permanian beradas, cantuman kulit dan penukaran organ)
* berkongsi picagari yang tidak steril yang telah digunakan oleh seseorang yang berjangkit.
* transmisi dari ibu ke bayi (semasa kehamilan, kelahiran dan penyusuan)

Jangkitan di tempat kerja oleh pekerja perubatan, pekerja makmal mungkin berlaku; tetapi, satu kajian 1995 yang menganggarkan antara 600,000 hingga 800,000 kemalangan suntikan picagara berlaku antara pekerja perubatan setiap tahun di Amerika Syarikat, jangkitan akibat pekerjaan tidak sering berlaku. Risiko transmisi HIV di tempat kerja didapati adalah 0.3% adanya ART yang poten.

Terdapat kekeliruan dan kebimbangan bahawa HIV mungkin mempunyai transmisi lain. Harus dinyatakan dengan terus terang yang HIV tidak boleh disebarkan oleh nyamuk, lalat, gigitan pinjal, lebah atau penyengat.HIV tidak boleh disebarkan dengan sentuhan biasa seperti berjabat tangan, berpeluk atau cium pipi. Tiada kes jangkitan HIV pernah dilaporkan atau didokumenkan berhubung dengan air mata atau air liur tidak berdarah. Oleh kerana HIV tidak boleh disebarkan oleh air liur, anda tidak mungkin dijangkiti kerana berkongsi gelas, garpu, sandwic atau buah-buahan. Menurut pendapat pakar HIV, pendedahan kulit yang sihat kepada bendalir HIV (seperti darah) tidak cukup untuk memindahkan virus itu.

No comments: