Monday, April 7, 2008

Soalan yang perlu ditanya kepada doktor tentang rawatan.


1. Berapa banyak pil perlu diambil setiap kali? Kini ramai pesakit HIV mengambil kurang pil berbanding dengan dulu. Sebenarnya, kini terdapat satu rejimen yang mempunyai tiga jenis ubat anti-HIV dalam satu pil seperti SLN-30 atau SLN-40. Setengah rejimen mungkin memerlukan anda mengambil antara dua hingga lima pil setiap kali.

2. Berapa kali sehari perlu saya mengambil ubat dan bagaimana mengambilnya? Ubat yang biasa digunakan sekarang cuba perlu dimakan dua kali sehari. Setengah dimakan sekali sehari; yang lain mesti dimakan dua kali sehari. Adalah penting untuk memahami kadar pemakanan dan sekiranya anda kurang pasti, jangan malu untuk menyuruh doktor menjelaskannya.

3. Perlukah saya makan ubat dengan perut kosong, atau mesti dimakan selepas makan? Setengah ubat anti-HIV mempunyai keperluan makanan. Maknanya, ia mesti di makan selepas makan atau dengan perut kosong agar ia dapat diserap dengan baik. Sama juga, kehadiran makan dalam perut apabila ubat HIV dimakan boleh meringankan atau memburukkan kesan sampingan. Mujurlah, kebanyakan ubat HIV boleh dimakan tanpa menghiraukan keperluan makanan namun amat penting untuk mendapatkan kepastian dari doktor anda.

4. Bolehkan saya mengambil ubat HIV dengan ubat preskripsi lain? Bagaimana pula dengan vitamin, herba dan ubat OTC (over the counter)? Banyak ubat HIV - dan ubatan lain yang digunakan untuk rawatan penyakit lain, termasuk juga terapi alternatif - boleh berinteraksi dalam badan. Setengah ubat boleh mengakibatkan aras darah ubat itu naik atau turun apabila digunakan bersama (atau selang beberapa jam atau hari). Ini boleh menghalang keberkesanan ubat HIV atau memburukkan kesan sampingan. Risiko ini lebih rendah sekiranya doktor atau farmasi anda diberitahu tentang ubat-ubat lain, herba dan ubat OTC.
5. Apa perlu saya buat sekiranya terlupa dos? Sekiranya anda terlupa dos, makan ubat HIV anda sebaik sahaja ingat, tetapi sekiranya ia sudah dengan dengan masa untuk dos seterusnya, tunggu hingga masa dos seterusnya dan biarkan yang telah lalu. Misalnya, sekiranya anda dikehendaki makan ubat satu kali sehari, dan masa berlalu kurang dari 12 jam, makan ubat itu secepat mungkin. Sekiranya, anda dikehendaki makan dua kali sehari dan anda hanya ingat dua jam sebelum dos malam, tunggu hingga masa dos malam. Tetapi, sekiranya perkara ini kerap berlaku, anda harus membuat sesuatu seperti meminta bantuan ahli keluarga, kawan atau memasang loceng.

No comments: