Friday, April 4, 2008

Simtom HIV

Simtom (tanda) awal HIV adalah tidak spesifik dan boleh mimik simtom demam selsema. Kelenjar yang bengkak, kelesuan dan panas badan boleh dikaitkan kepada penyakit yang lain.
Seseorang yang dijangkiti mungkin mendapat sakit kepala, tekak, sakit badan, muntah atau cirit-birit. Kesemua ini adalah simtom HIV tetapi juga boleh disebabkan oleh beberapa jangkitan virus yang biasa.
Perlu diingati bahawa tidak semua orang yang akan mendapat semua tanda dan simtom ini. Sekiranya ia berlaku, ia selalunya berlaku dalam minggu ketiga hingga minggu keenam selepas dijangkiti. Selepas beberapa minggu, hasil dari tindakan sistem imun kita melawan jangkitan, simtom akan hilang dan pesakit kelihatan biasa. Virus tidak akan muncul dalam darah antara tiga hingga enam bulan dan pada masa itu, pesakit tidak akan menunjukkan apa-apa simtom lagi dan HIV tidak akan diingati lagi.
Apabila badan diserang HIV, sistem imun melawan balik dan selepas beberapa simtom tidak spesifik, virus itu akan masuk ke satu tahap kronik - biasanya selepas enam bulan seseorang itu dijangkiti.
Selepas ini, pertembungan yang sebenar berlaku. Bagi orang ramai, tidak akan ada apa-apa tanda atau simpton untuk beberapa tahun hingga 10 tahun kerana daya tahanan semulajadi kita menentang virus itu. Akhirnya, virus itu akan menawan dan melemahkan sistem imun kita dan membunuh sel-sel darah putih yang melawan jangkitan. Pada masa ini, penyakit ini mula merebak dan menunjukkan gejala-gejala serta jangkitan penyakit lain kerana kelemahan daya tahanan badan kita.
Kelenjar limfa di tekak , ketiak atau anat mungkin bengkak dan susut badan turun dengan cepat. Setengah mungkin mendapat cirit-birit yang tidak dapat dijelaskan untuk sebulan dan jangkitan yis di mulut, kerongkong dan vagina adalah biasa.
Perasaan lesu amat sekali kerana badan cuba melawan jangkitan-jangkitan dan mungkin juga berlaku ruam.
Apabila HIV menjadi AIDS
Apabila sistem imun kita telah dilemahkan dan tidak mampu lagi melawan, jangkitan menjadi kerap dan jangkitan penyakit baru pula berlaku. Pada masa ini, seseorang itu dikenali mempunyai AIDS.
Di kebanyakan negara membangun, kemaraan dari jangkitan permulaan hingga ke AIDS adalah lebih cepat kerana kekurangan penjagaan kesihatan dan pemakanan yang kurang sempurna.
Dari segi perubatan, lebih awal seseorang mendapat tahu bahawa dia mengidap HIV adalah lebih baik. Mereka boleh dimulakan dengan rawatan anti-HIV untuk mengawal simtom dan gejala AIDS.
Adalah biasa untuk berasa cemas apabila membaca senarai simtom HIV, tetapi harus diingati bahawa simtom-simtom ini boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit lain. Oleh itu seseorang tidak harus menganggap secara otomatik apabila mempunyai tanda-tanda yang disebut di atas bahawa mereka dijangkiti HIV.
Cara yang paling pasti ialah dengan mengambil
ujian darah.

1 comment:

asyraf said...

salam..adakah tuan blog di sana?